Utusan Borneo (Sabah)

Elak perhimpuna­n, jauhi risiko COVID-19

Orang ramai diseru prihatin untuk melindungi diri, ahli keluarga dan rakan sekerja

- Oleh Jessica Jawing DR CHIN

“Ini dikaitkan juga dengan kegagalan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu seperti penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka atau tidak memakai dengan cara yang betul serta tidak mengamalka­n kebersihan tangan. Dr Chin Zin Hing Pengarah Kesihatan Negeri

KUCHING: Orang ramai diminta terus memberi kerjasama dengan memikirkan tentang risiko tinggi dijangkiti COVID-19 terutama ketika menghadiri perhimpuna­n.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing menegaskan, orang ramai sepatutnya mengambil sikap prihatin untuk melindungi ahli keluarga dan rakan sekerja dengan tidak membiarkan diri mereka dijangkiti COVID-19 melalui sebarang aktiviti perhimpuna­n yang berisiko.

“Analisis Jabatan Kesihatan Negeri juga mendapati faktor utama penyebab kepada wujudnya kluster-kluster ialah perhimpuna­n orang ramai.

“Ini dikaitkan juga dengan kegagalan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu seperti penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka atau tidak memakai dengan cara yang betul serta tidak mengamalka­n kebersihan tangan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Dr Chin berkata, peningkata­n jumlah kluster pada tahun ini adalah berpunca daripada situasi orang ramai yang terlibat dalam sesuatu aktiviti atau majlis perhimpuna­n.

Seperti yang dilaporkan katanya, mereka menghadiri upacara pengebumia­n yang melibatkan sebanyak lima kluster iaitu masing-masing di Kuching, Sibu, Pusa, Tanjung Manis dan Kapit.

Malah katanya, kelimalima kluster ini juga melibatkan seramai 3,360 kes positif COVID-19 atau sebanyak 22.46 peratus daripada keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak.

“Sementara mereka yang berhimpun semasa aktiviti atau majlis sosial melibatkan sebanyak 26 kluster iaitu empat di Kuching, di Meradong (4), Julau (3), Serian (2), Samarahan (2), Sri Aman (2), Sibu (2), Miri (2), Bau (1), Betong (1), Selangau (1), Kapit (1) dan Beluru (1).

“Kesemua 26 kluster ini pula telah menyebabka­n seramai 1,625 orang dijangkiti COVID-19 (atau 10.86 peratus daripada keseluruha­n kes positif COVID-19),” ujarnya.

Beliau memberitah­u, mereka yang dijangkiti di tempat kerja sebanyak 11 kluster iaitu di Bintulu (3), Miri (2), Kuching (1), Sri Aman (1), Song (1), Matu (1), Meradong (1) dan Sibu (1).

Kesemua 11 kluster ini katanya, melibatkan seramai 578 kes positif COVID-19 atau 3.86 peratus daripada keseluruha­n kes positif COVID-19.

Tambah Dr Chin, kluster di pusat imigresen dan penjara juga berlaku dengan masing-masing satu kluster di Serian dan Sibu dengan saiz klusternya melibatkan seramai 308 kes.

Manakala, mereka yang menghadiri majlis perkahwina­n juga telah mewujudkan satu kluster di Miri dengan saiz klusternya melibatkan seramai 188 orang, katanya.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa pada setiap masa, termasuk mengamalka­n penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan tangan.

“Orang ramai diminta untuk bertindak bijak dalam usaha membendung wabak COVID-19 di Sarawak,” tegasnya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia