Utusan Borneo (Sabah)

KKTP diminta segera tawar diskaun untuk kompaun RM1,500: Ling

-

MIRI: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sarawak diminta untuk segera menawarkan diskaun atau potongan kadar denda kepada mereka yang dikenakan kompaun RM1,500.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, pelaksanaa­n peraturan terbaharu itu seolah-olah tidak lengkap dan mengeliruk­an penduduk.

“Saya menyeru Sim Kui Hian (Menteri KKTP Dato Sri Dr Sim Kui Hian) untuk bertindak pantas dan membuat pengumuman garis panduan yang jelas.

“Sepatutnya, ini (pengumuman) dibuat sebelum kompaun RM1,500 dikeluarka­n oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan,” tegas Ling.

Pada 11 Mac lalu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengenakan notis kompaun RM1,500 kepada individu yang melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan dikenakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta meliputi kawasan di bawah bidang kuasa mereka.

Anggota penguat kuasa telah diberi kuasa untuk mengeluark­an notis kompaun itu mengikut arahan diterima MBM daripada pihak berkuasa.

Ling yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata, tanpa diskaun, pelaksanaa­n denda disifatkan tidak adil dan pilih kasih.

Penduduk dan pengusaha harus layak menerima diskaun sekiranya ia merupakan kesalahan pertama mereka, katanya.

“Mereka sanggup bayar tetapi diharap dalam keadaan ekonomi sebegini, (mereka harus) diberikan diskaun. Tetapi kerajaan tempatan (KKTP) tidak jelas mengakibat­kan masyarakat rasa tidak puas hati dan keliru,” jelas Ling.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengumumka­n tawaran diskaun sehingga 50 peratus untuk mereka yang menjelaska­n kompaun sebelum tarikh luput.

Ling memberitah­u, beliau menerima aduan daripada seorang pengusaha salun tentang isu itu dan kemudian merujuk kepada MBM untuk tindakan.

“Saya tulis surat dan merayu. Semalam (Khamis) terima balasan daripada bandar raya (MBM). Hal ini dipanjangk­an kepada kementeria­n di Kuching. Cara ini sangat lambat untuk satu keputusan sahaja,” jelasnya.

Tindakan mahkamah akan dikenakan kepada mereka yang tidak berjaya menjelaska­n kompaun dalam tempoh ditetapkan.

Terdahulu semalam, Ling mengagihka­n sumbangan pelitup muka dan pensanitas­i tangan kepada pengunjung di Old Man Street.

Beliau ditemani Ketua Pemuda Peter Hee, Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo dan Pembantu Khas kepada Ling Lawrence Low.

Sebanyak 500 pelitup muka dan 500 pensanitas­i tangan diagihkan di sekitar Miri menerusi aktiviti tersebut.

 ??  ?? AGIHKAN: Ling (dua kiri) serta rombongan DAP bergambar dengan pengunjung Old Man Street ketika pengagihan pelitup muda dan pensanitas­i tangan semalam.
AGIHKAN: Ling (dua kiri) serta rombongan DAP bergambar dengan pengunjung Old Man Street ketika pengagihan pelitup muda dan pensanitas­i tangan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia