Utusan Borneo (Sabah)

UiTM Sarawak anjur program ‘Go Global! Online Outbound Internatio­nal Mobility’ dengan jayanya

-

KUCHING: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah menganjurk­an program ‘Go Global! Online Outbound Internatio­nal Mobility’ secara dalam talian pada 22 dan 23 Mac lalu.

UiTM Cawangan Sarawak dalam satu kenyataan semalam berkata, mobiliti pengantara­bangsaan secara dalam talian tersebut disertai oleh pensyarah undangunda­ngkomersia­liaituIkhw­an Naguib Jusoh sebagai pegawai penyelaras dan 30 mahasiswam­ahasiswi cemerlang yang dipilih daripada Program Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pengajian Perbankan, Fakulti

Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Program dua hari itu dimulakan dengan perasmian pembukaan oleh Yang Mulia Dr Adanan Basar, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada Perhimpuna­n Kepimpinan Syaksiah Melayu Islam Beraja (MIB) dan diteruskan dengan mobiliti secara dalam talian.

Antara pengisian program termasuk sesi penerangan berkaitan keusahawan­an di Brunei Darussalam, ‘English for Islamic Education II’, Falsafah Perguruan Agama, Fiqh Mawarith, Metod Penyelidik­an Pendidikan Islam, Falsafah Melayu Islam Beraja dan Kenali Bahasa Brunei.

Tujuan program antara lain adalah untuk meningkatk­an mutu pembelajar­an dan pengajaran para pelajar dan pensyarah.

Para peserta juga dapat meluaskan lagi ilmu pengetahua­n bukan sahaja dalam bidang pengurusan perniagaan, malah dalam bidang sosial dan pengajian Islam.

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan merupakan antara kolej universiti terbaik di Negara Brunei Darussalam.

 ??  ?? MANFAAT TEKNOLOGI: Program ‘Go Global! Online Outbound Internatio­nal Mobility’ secara dalam talian baru-baru ini.
MANFAAT TEKNOLOGI: Program ‘Go Global! Online Outbound Internatio­nal Mobility’ secara dalam talian baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia