Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lulus geran RM10,000 kepada JKKK Kampung Tubai Baru

-

LIMBANG: Kerajaan meluluskan geran berjumlah RM10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Tubai Baru untuk melaksanak­an program kemasyarak­atan dan kebajikan di kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, geran itu perlu dimanfaatk­an sepenuhnya sekaligusm­emastikanp­eranan JKKK sebagai pemimpin di peringkar akar umbi dijalankan sebaiknya dalam membangunk­an kawasan kampung masing-masing.

“JKKK mempunyai peranan yang lebih luas bagi menunaikan tanggungja­wab dengan berkesan termasuk menjalin kerjasama dengan penduduk kampung dalam memacu pembanguna­n sosioekono­mi kampung,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kampung Tubai Baru, kelmarin.

Mengiring beliau ialah Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew Bungsu, Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Bakar dan Pegawai Khas Paulus Jimmy Ngindang Bau, Ketua Kampung Tubai Baru Yusop Siran dan Ketua Ranting PBB Cawangan Medamit Franky Mullen Raja.

Pada lawatan itu, Paulus turut mengucapka­n tahniah kepada Yusop selepas dilantik sebagai Pengerusi JKKK yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Beliau berharap agar Yusop akan menggalas tanggungja­wab yang diamanahka­n secara telus ke arah pembanguna­n dan kemajuan kampung.

Beliau turut bersetuju untuk mempertimb­angkan pelaksanaa­n projek menaik taraf jalan raya masuk ke simpang Kampung Tubai Baru sepanjang tujuh kilometer.

Pada masa ini, projek menyimen dari jalan simpang masuk ke kawasan kampung sepanjang 800 meter sedang dilaksanak­an melalui peruntukan projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS).

 ??  ?? PEMBANGUNA­N KAMPUNG: Paulus (tujuh kiri) merakamkan kenangan ketika melawat Kampung Tubai Baru kelmarin.
PEMBANGUNA­N KAMPUNG: Paulus (tujuh kiri) merakamkan kenangan ketika melawat Kampung Tubai Baru kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia