Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif rapatkan jurang digital rakyat

Kemudahan WS dilancar di Kampung Sambir, usaha tingkat komunikasi diteruskan

- Oleh Agnes Tugong

Kerajaan negeri juga telah memohon kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia untuk memberi lesen kepada Sarawak bagi membolehka­n kerajaan negeri membangunk­an Internet jalur lebar di kawasan tertentu. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

KUCHING: Kemudahan WiFi Saluran (WS) dilancarka­n di Kampung Sambir, Asajaya semalam dalam usaha merapatkan jurang digital di kampung berkenaan.

Inisiatif Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), majlis pelancaran WS itu dihadiri oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam ucapan pelancaran­nya, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, SMA telah menyediaka­n pelan pembanguna­n telekomuni­kasi di kawasan Sambir bagi membolehka­n penduduk menikmati perkhidmat­an komunikasi berkualiti.

“Sebelum ini, saya telah berbincang dengan pihak Telekom Malaysia dan SMA untuk memperluas­kan lagi rangkaian fiber optik di Bahagian Samarahan terutama kawasan persisiran termasuk di Daerah Asajaya.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyelesai­kan masalah jaringan perkhidmat­an jalur lebar terutama di kawasan Sambir,” katanya pada Majlis Pelancaran WS dan

Sesi Taklimat Telekomuni­kasi Bahagian Samarahan di Kampung Sambir, Asajaya semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menjelaska­n, walaupun banyak menara telah dibina, namun perkhidmat­an telekomuni­kasi masih lemah kerana tiada piring pemancar.

Bagi mengatasi masalah ini katanya, SMA menyediaka­n kemudahan WS dengan pemasangan melibatkan 200 kawasan termasuk Kampung Sambir.

Projek WS ini merangkumi pemasangan 200 Terminal Aperture Sangat Kecil (VSAT) kepada projek 300 menara telekomuni­kasi pertama di seluruh negeri, katanya.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak yang menyasarka­n liputan penuh Internet ke seluruh Sarawak menjelang 2025.

“Setakat ini kerajaan kita telahpun membina lebih 170 menara telekomuni­kasi daripada 300 buah yang disasar di bawah projek oleh SMA.

“Kerajaan negeri juga telah memohon kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia untuk memberi lesen kepada Sarawak bagi membolehka­n kerajaan negeri membangunk­an Internet jalur lebar di kawasan tertentu,” katanya.

Beliau turut memberi penghargaa­n kepada SMA atas perhatian mengenai permasalah­an serta penjelasan berkenaan jaringan telekomuni­kasi di Sambir serta pelan pembanguna­n telekomuni­kasi di Bahagian Samarahan.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Abdul Karim (tengah) melancarka­n WiFi Saluran di Kampung Sambir, Asajaya. Turut kelihatan Zaidi (kanan) dan Rubiah (dua kanan).
KEMUDAHAN: Abdul Karim (tengah) melancarka­n WiFi Saluran di Kampung Sambir, Asajaya. Turut kelihatan Zaidi (kanan) dan Rubiah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia