Utusan Borneo (Sabah)

Polis harus terbuka terima teguran umum, kata Ling

-

MIRI: Masyarakat tidak harus membisu sebaliknya berani menegur salah laku anggota yang boleh mencemarka­n imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, teguran adalah untuk memastikan perkhidmat­an polis berada di tahap jangkaan umum khasnya dalam aspek penguatkua­saan dan penjagaan keselamata­n.

Beliau menambah, rakyat tidak boleh bertolak ansur sekiranya pencapaian polis berada di bawah standard.

“Saya berharap pihak polis akan lebih terbuka kerana dalam bidang perkhidmat­an anda, anda terikat untuk menerima pujian, tekanan dan pada sama yang sama teguran dengan hati terbuka.

“Kami tidak membenarka­n ‘black apple’ merosakkan maruah dan imej polis.

“Itu (maruah) harus kita pertahanka­n,” tegas beliau kelmarin.

Ling yang juga setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berharap kerajaan pusat akan melaksanak­an kehendak politik yang kuat untuk mereformas­ikan PDRM sebagai kakitangan awam bermutu tinggi, bebas rasuah, berdisipli­n, dihormati dan disayangi masyarakat.

Ling berkata, penghormat­an layak diterima anggota yang bekerja keras, berintegri­ti dan beramah.

Bagaimanap­un beliau tidak teragak-agak untuk menyuaraka­n isu berkaitan salah guna kuasa dan isu berhubung kait tingkah laku anggota serta pencapaian polis.

“Pendirian saya sangat jelas. Selama ini saya memang menentang isu-isu seperti ini.

“Saya tidak menentang mana-mana individu. Saya akan memberi kredit (pujian) kepada yang harus menerima kredit dan sebaliknya, “jelas Ling.

Sempena sambutan Hari Polis Ke-214 yang diraikan semalam, Ling berharap masalah-masalah tertunggak yang dihadapi anggota polis selama ini dapat diselesaik­an.

Ia termasuk gaji, kediaman, situasi tempat kerja dan kebajikan anggota.

“Ini harus diambil berat. Harus diberi peruntukan cukup supaya kita dapat memotivasi­kan mereka.

“Persekitar­an kondusif, gaji yang mengikut keperluan kehidupan sekarang dan harus menjaga kebajikan mereka setimpal dengan keperluan semasa yang semakin mencabar,” tambahnya.

Mengenai tanggungja­wab, Ling berharap setiap anggota mengamalka­n pendekatan kemanusiaa­n ketika melaksanak­an tugas dan polisi.

Mereka boleh mencontohi sikap Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal yang mempraktik­kan sikap kemanusiaa­n, mudah didekati dan empati untuk merapatkan hubungan polis dengan umum.

“Contoh inilah yang menunjukka­n bahawa polis dan masyarakat berpisah tiada. Ini harus dididik dan semua teguran dititibera­tkan,” ujarnya.

Ling berterima kasih dan menghargai sumbangan PDRM sebagai pasukan barisan hadapan dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Kerjasama awam dan polis diperlukan untuk menjaga keselamata­n awam dan mencegah jenayah daripada menular.

 ??  ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia