Utusan Borneo (Sabah)

Pantau menara telekomuni­kasi di Bawang Assan elak kecurian kabel

-

SIBU: Penduduk Bawang Assan di sini menyaranka­n agar menara telekomuni­kasi di kawasan mereka sentiasa dipantau bagi mengelakka­n kecurian kabel seterusnya menyebabka­n liputan Internetny­a tergendala.

Salah seorang penduduk di situ Hendry Albert Bennet memberitah­u, kes-kes kecurian kabel atau alatan lain di menara tersebut telah menjejaska­n liputan di kawasan mereka sejak kebelakang­an ini.

“Tengah hari semalam, setelah diadu kepada pihak berkaitan, aduan telah mendapat perhatian pihak berkenaan dan seterusnya diperbaiki.

“Liputan yang sangat teruk selama ini disebabkan kecurian kabel atau alatan lain yang tidak dapat dipastikan,” kata.

“Terdapat tanda-tanda pencuri masuk dengan memotong dawai sekeliling menara ini.

“Apabila alatan atau barangan di sini dicuri, ia akan mengganggu sistem liputan kami di sini.

“Kalau apa-apa alatan di menara itu dicuri, ia bukannya terus diperbaiki atau diselengga­ra serta-merta malah mengambil masa berbulan-bulan untuk diambil tindakan.

“Oleh itu, kami di Bawang

Assan menyaranka­n agar menara kami di sini sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa misalnya polis bagi mengelakka­n kecurian seperti ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Hendry berkata, kecurian sebelum ini pernah berlaku pada 9 Oktober 2019 dan terbaharu dua minggu lalu yang menyebabka­n liputan Internet sangat perlahan walaupun mencecah 4G.

“Inilah punca liputan kami di sini tergendala disebabkan kecurian sebegini.

“Apabila ada masalah liputan, memang kecurian berlaku,” tegasnya.

Beliau bagaimanap­un berasa lega setelah menara tersebut dibaiki kelmarin, namun tetap bimbang sekiranya kejadian itu berulang lagi.

Jelasnya, penduduk di Bawang Assan tidak kurang 2,000 orang dan mempunyai lebih 15 rumah panjang.

“Belum lagi rumah-rumah persendiri­an, dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah yang terletak di penempatan kami ini, kesemuanya bergantung kepada menara ini.

“Sekiranya kejadian berulang lagi, sudah pasti ia menyulitka­n lagi keadaan kami di sini. Namun kami berterima kasih kepada pihak kontraktor yang datang melakukan kerja-kerja membaikiny­a dan diharap pihak berkaitan dapat meningkatk­an lagi keselamata­n di menara kami ini,” tegasnya.

Sementara itu, Hendry memohon agar pihak kontraktor yang bertanggun­gjawab terhadap menara itu dapat memohon bantuan daripada pihak berkuasa untuk membuat rondaan harian sebanyak tiga ke empat kali di kawasan menara itu.

“Internet sekarang merupakan keperluan asas. Oleh itu, kami di sini merayu agar setiap menara dipertingk­atkan keselamata­nnya memandangk­an ia terletak jauh dari rumah panjang tidak seperti di bandar.

“Banyak sudah kes kecurian kabel atau alatan lain di menara-menara sebegini khususnya di kawasan luar bandar,” tambahnya.

 ??  ?? DICURI: Punca kerosakan rangkaian liputan Internet di Bawang Assan sejak dua minggu lalu apabila beberapa alatan di dalam kawasan menaranya hilang.
DICURI: Punca kerosakan rangkaian liputan Internet di Bawang Assan sejak dua minggu lalu apabila beberapa alatan di dalam kawasan menaranya hilang.
 ??  ?? DIBAIKI: Pihak kontraktor ketika membaiki kerosakan menara telekomuni­kasi Bawang Assan di Sibu, kelmarin.
DIBAIKI: Pihak kontraktor ketika membaiki kerosakan menara telekomuni­kasi Bawang Assan di Sibu, kelmarin.
 ??  ?? HENDRY
HENDRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia