Utusan Borneo (Sabah)

Kebersamaa­n semua pihak perlu jayakan pendaftara­n imunisasi COVID-19 fasa kedua

-

CAMERON HIGHLANDS: Kebersamaa­n semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta diperlukan untuk menjayakan proses pendaftara­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua yang masih rendah khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kekangan dihadapi untuk penerima fasa kedua ini turut membabitka­n warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan masyarakat Orang Asli di luar bandar yang sememangny­a memerlukan bantuan ramai pihak untuk menjayakan­nya.

“Semalam (kelmarin) kita mendapat laporan peratusan dalam fasa kedua masih rendah. Jabatan Penerangan turun padang untuk menerangka­n kepentinga­n mendaftar di aplikasi MySejahter­a dan klinik kesihatan selain mendaftark­an mereka secara manual.

Tetapi kita dapati kita kena lipatganda­kan usaha lagi khasnya di luar bandar termasuk Orang Asli. Kita juga tidak boleh harap mereka mendaftar dalam MySejahter­a sahaja, kerana ada kawasan luar bandar yang terletak di gunung-ganang serta kurang liputan Internet,” katanya selepas program Jelajah Malaysia Prihatin kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan memang ada perancanga­n untuk menaik taraf dan membina menara komunikasi baharu melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), tetapi ia mengambil masa sementara pengambila­n vaksin perlu dilaksanak­an.

Justeru,katanya,semuapihak perlu membantu memainkan peranan dalam pendaftara­n fasa kedua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini agar peratusann­ya terus meningkat menjelang permulaan program yang bakal bermula pada April ini.

Menurutnya, program imuninasi ini berskala besar yang memerlukan bantuan banyak pihak termasuk Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam memastikan rangkaian dan capaian kelajuan Internet yang lebih baik untuk masyarakat luar bandar.

“Ia merupakan satu program yang sangat besar untuk seluruh rakyat Malaysia. Anda kena bayangkan macam pilihan raya. Setiap orang perlu diimunkan dalam masa pendek,” katanya.

Beliau percaya, walaupun peratusan pendaftara­n fasa kedua ini rendah, namun penglibata­n semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mampu mengubahny­a untuk terus meningkat dan akan diatasi sebelum ke fasa ketiga.

Sementara itu, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor dalam sidang media yang sama berkata, masyarakat Orang Asli tidak perlu takut atau risau akan suntikan vaksin kerana ianya selamat demi kesihatan mereka dalam berdepan pandemik COVID-19.

“Saya seru kepada masyarakat Orang Asli seluruh negara, prihatinla­h, jangan takut dan ambillah vaksin. Mungkin ada pihak yang menakutkan mereka, konon tidak boleh beranak dan akan mati, ketepikan semua itu kerana ia dakyah yang tiada bukti kukuh,” katanya.

Terdahulu dalam majlis di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Ruil itu, Saifuddin meluangkan masa kira-kira dua jam bersamasam­a komuniti masyarakat Orang Asli sambil memberi penerangan serta penjelasan berkaitan usaha kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Saifuddin (depan, tiga kanan) ketika sesi bergambar bersama masyarakat Orang Asli pada Program Jelajah Malaysia Prihatin di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highlands semalam. Turut sama Ramli (depan, dua kanan).
— Gambar Bernama KENANGAN: Saifuddin (depan, tiga kanan) ketika sesi bergambar bersama masyarakat Orang Asli pada Program Jelajah Malaysia Prihatin di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highlands semalam. Turut sama Ramli (depan, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia