Utusan Borneo (Sabah)

13 terkorban dalam serangan di barat Niger

-

NIAMEY: Seramai 13 orang terkorban di barat Niger apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menyerang tiga kampung berhampira­n sempadan Mali, kata pihak berkuasa tempatan, memberikan amaran mengenai peningkata­n serangan pelampau di wilayah terpencil Sahel.

“Angkanya adalah enam terkorban di Zibane-Koira Zeno, seorang di Zibane Koira-Tegui dan enam di Gadabo, maka 13 orang yang telah kehilangan nyawa mereka,” Tidjani Ibrahim Katiella, gabenor wilayah Tillaberi, memberitah­u televisyen umum kelmarin selepas satu lawatan ke kawasan serangan.

“Apa yang sangat membimbang­kan kami adalah penerusan tindakan keganasan dan keadaan tidak selamat yang berlaku baru-baru ini di wilayah ini,” menurut beliau, merujuk kepada pelaksanaa­n cukai Islamik yang ditambah lagi dengan militan, rompakan haiwan peliharaan, serta keganasan terhadap orang awam.

Penyerang menyerbu kampung-kampung dengan menunggang motosikal pada sekitar jam 5 petang waktu tempatan pada petang Rabu, seorang pegawai memberitah­u AFP, bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n.

Mereka “mengepung kampung-kampung” dan melanggar serta membunuh orang yang cuba melarikan diri. Mereka mencuri haiwan ternakan, membakar bilik kelas dan merompak sebuah pusat kesihatan,” katanya.

Tiga serangan itu adalah yang terkini dalam satu siri serbuan di wilayah miskin Sahel yang telah meragut lebih 300 nyawa sejak awal tahun ini.

Ia merupakan serangan kedua ke atas tiga kampung dalam tempoh kurang dari setahun.

Pada Mei lepas, 20 orang terkorban, juga oleh penyerang bersenjata berat yang tiba dengan menunggang motosikal dan memecut pergi ke arah negara jiran Mali, menurut pihak berkuasa.

Kampung-kampung tersebut terletak berhampira­n satu sama lain di bahagian terpencil di wilayah Tillaberi, di kawasan “tiga sempadan” tanpa undang-undang di mana sempadan bagi Mali, Niger dan Burkina Faso bertemu.

Pada Ahad lepas, 137 orang, semuanya etnik Tuareg, telah dibunuh di wilayah Tahoua di utara, juga oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia