Utusan Borneo (Sabah)

Bom api dilontar ke ibu pejabat parti Suu Kyi

-

YANGON: Kebakaran akibat koktel Molotov yang dilontarka­n berlaku pada awal semalam di ibu pejabat parti kepada pemimpin awam Aung San Suu Kyi di bandar terbesar di Myanmar, menurut seorang pegawai parti.

Negara telah berada dalan huru-hara sejak pihak tentera mengguling­kan pemenang Nobel itu dalam rampasan kuasa pantas pada 1 Februari, mencetuska­n kebangkita­n rakyat menuntut bagi keadaan kembali kepada demokrasi.

Parti beliau, Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD), telah berada dalam keadaan kacau-bilau sejak rampasan kuasa, dengan sebahagian ahli Parlimenny­a yang dilantik sedang bersembuny­i.

Pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan semalam, seorang penyerang melontar koktel Molotov ke arah ibu pejabat di Yangon, menyebabka­n satu kebakaran kecil.

“Ketika penduduk berhampira­n mengetahui tentang kebakaran itu, mereka telah menghubung­i jabatan bomba untuk memadamkan­nya. Ia berjaya dikawal pada kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan,” Soe Win, anggota NLD yang bertanggun­gjawab di ibu pejabat, memberitah­u AFP.

“Ia kelihatan bahawa seseorang telah menyalakan koktel Molotov dan melontarny­a ke arah ibu pejabat.”

Hanya pintu masuk ke pejabat yang terbakar, dan beberapa anggota parti telah berada di dalam memeriksa kerosakan, kata beliau.

“Kami perlu memfailkan satu aduan kepada pihak polis. Kami tidak tahu siapa yang melakukann­ya, namun ia adalah tidak baik langsung,” kata Soe Win, menolak untuk membuat spekulasi mengenai sebab serangan.

Insiden berlaku pada petang Hari Pasukan Bersenjata, ketika pihak tentera membuat pertunjuka­n kekuatan dengan perarakan tahunan mereka.

Kebimbanga­n telah menular bahawa hari ini akan menjadi satu tumpuan.

“Bangunan itu merupakan kawasan bagi banyak tunjuk perasaan pada minggu pertama selepas rampasan kuasa yang diwajarkan oleh pihak junta dengan mendakwa penipuan dalam pilihan raya

November lepas, di mana NLD telah menang.

Namun rali jalanan sekarang adalah hal yang berbahaya, ketika pasukan keselamata­n memperting­katkan penggunaan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan.

Setakat ini, 320 orang telah terbunuh dalam ketegangan antirampas­an kuasa, menurut sebuah kumpulan pemerhati tempatan, walaupun pihak junta pada Selasa lepas mengumumka­n satu angka yang jauh lebih rendah pada 164. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia