Utusan Borneo (Sabah)

Penceroboh cuba rampas pesawat di lapangan terbang Mauritania

-

NOUAKCHOTT: Seorang penceroboh cuba merampas sebuah pesawat di lapangan terbang di ibu negeri Nouakchott di Mauritania kelmarin sebelum ditangkap, kata seorang sumber keselamata­n, dengan keluarga lelaki itu menyatakan dia mengimpika­n untuk belajar di Amerika Syarikat (AS).

Sumber keselamata­n berkata lelaki itu “menyusup masuk ke dalam sebuah pesawat Mauritania” yang “tiada penumpang di dalamnya.”

Dia kemudian mengugut akan meletupkan pesawat, sebuah kapal terbang Mauritania Airlines Embraer yang digunakan bagi penerbanga­n domestik, menurut sumber.

MenteriPen­gangkutanM­ohamedou Ahmedou Mheimid berkata penceroboh adalah seorang pemuda “dikenali oleh polis” sebagai menghidap penyakit mental.

“Satu siasatan telah dibuka bagi menentukan kegagalan yang menyebabka­n penceroboh­an keselamata­n dan cara penyelesai­annya pada masa akan datang,” beliau memberitah­u televisyen negara.

Sumber tersebut, yang bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n, tidak memberikan maklumat mengenai identiti atau kerakyatan lelaki tersebut dan tidak menyatakan sama ada dia benar-benar mempunyai bahan letupan.

Agensi media rasmi AMI pada mulanya melaporkan lelaki itu adalah seorang “rakyat Amerika yang mendakwa sebagai mempunyai masalah dengan kerajaan Mauritania.”

Namun dalam satu kenyataan, keluarga kepada seorang pemuda Mauritania, Soulymane Ould Sidi Baba, berkata dia telah mendalangi cubaan untuk merampas pesawat tersebut.

Seorang pelajar yang “bijak”,

dia telah mengalami masalah “kemurungan” selepas “kegagalan beberapa kali untuk pergi ke AS” bagi meneruskan pengajiann­ya dan hilang dua hari sebelum insiden tersebut, menurut keluargany­a.

Mereka menambah bahawa dia tidak memiliki senjata.

Sumber keselamata­n memberitah­uAFPbahawa“anggota sukarela berjaya menahannya selepas dia menolak untuk menyerah diri”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia