Utusan Borneo (Sabah)

MR. D.I.Y. perkenalka­n konsep ‘kedai -dalam-kedai’ MR. TOY jenama bisnes kedua diperkenal­kan sempena pelancaran cawangan yang ke-700 semalam

-

KUCHING: Peruncit perkakasan rumah terunggul di Malaysia MR. D.I.Y. semalam telah melancarka­n cawangan MR. D.I.Y. yang ke-700 berkonsepk­an kedai baharu, menampilka­n cawangan MR. TOY dalam premis yang sama.

Menurut satu kenyataann­ya itu, MR. TOY adalah jenama bisnes kedua daripada tiga jenama dalam MR. D.I.Y.

“Jenama yang lain termasuk dalam rangkaian cawangan berkonsepk­an dollar-store, MR DOLLAR terletak di NU Sentral, di tengah-tengah hab pengangkut­an Kuala Lumpur.

“Konsep ‘kedai-dalam-kedai’ ini menjanjika­n satu pengalaman membeli-belah baharu buat para pelanggan,” katanya bersempena dengan sambutan cawangan MR. D.I.Y. yang ke700 dan pengenalan cawangan konsep baharu tersebut.

MR. D.I.Y. juga melancarka­n promosi di seluruh negara bagi produk jenama MR. D.I.Y. dan produk terlaris terpilih dengan menurunkan harga produk dengan memberi diskaun hingga 50 peratus bermula 26 Mac sehingga 4 April nanti.

Termasuk, potongan separuh harga bagi produk kategori isi rumah, perkakasan, elektrik, alat tulis, sukan, mainan, dan aksesori kereta.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Andy Chin berkata konsep ‘kedai-dalam-kedai’ MR. D.I.Y. memberikan lebih keluasan serta keseronoka­n membeli-belah bersama MR. TOY.

MR. D.I.Y. Group telah melancarka­n MR. TOY pada tahun 2019 bagi memenuhi permintaan untuk barangan mainan mampu milik dan lebih nilai pada wang anda.

“Trend pasaran menunjukka­n bahawa ibu bapa yang peka dan lebih menghargai nilai dalam pembelian mereka akan membeli lebih banyak permainan sepanjang tahun tetapi lebih suka membayar pada harga yang murah untuk setiap pembelian.

“Tingkah laku pengguna ini, ditambah pula dengan pasaran pinggir bandar yang kurang mempunyai kedai mainan jenama besar, memberikan peluang pertumbuha­n yang kukuh bagi MR. TOY.

“Kami yakin rakyat Malaysia suka akan konsep kedai-dalam-kedai ini!,” katanya lagi.

Beliau menambah, pihaknya tidak akan dapat sampai ke tahap ini (cawangan ke-700) tanpa sokongan rakyat Malaysia.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungja­wab pihaknya sebagai peruncit untuk mencari kaedah baru dan lebih menarik bagi pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan.

“Demi memastikan para pelanggan setia kami di seluruh negara meraikan hari bersejarah ini bersama kami, MR. D.I.Y. juga memperkena­lkan promosi separuh harga bagu semua jenama produk MR. D.I.Y. dan produk terlarisny­a yang terpilih.

“Ini adalah cara kita untuk memastikan janji ‘Always

Low Prices’ sentiasa memberi manfaat,” tambahnya.

Para pelanggan yang mengunjung­i cawangan MR. D.I.Y. ke-700 di NU Sentral antara 26 dan 28 Mac juga akan menerima payung atau tuala mandi percuma apabila berbelanja minimum RM30.

Sementara mereka yang berbelanja minimum RM50 pula, akan berpeluang untuk menyertai Cabaran ‘Buzz Wire‘ MR. D.I.Y., dengan pelbagai tawaran hadiah menarik untuk dimenangi!

Untuk maklumat lebih

Kami yakin rakyat Malaysia suka akan konsep kedai-dalam-kedai ini!.

lanjut dan terkini, lawati laman sesawang MR. D.I.Y., www.mrdiy.com; platform edagang,www.mrdiy.com.my; dan media sosial - Facebook dan Instagram @MR DIY.

 ??  ?? PELANCARAN: MR. D.I.Y. melancarka­n cawangan yang ke-700nya dengan konsep kedai baharu yang menampilka­n cawangan MR. TOY dalam premis yang sama.
PELANCARAN: MR. D.I.Y. melancarka­n cawangan yang ke-700nya dengan konsep kedai baharu yang menampilka­n cawangan MR. TOY dalam premis yang sama.
 ??  ?? SERONOK: Terletak di NU Sentral, konsep ‘kedai-dalam-kedai’ ini menjanjika­n satu pengalaman membeli-belah baharu buat para pelanggan.
SERONOK: Terletak di NU Sentral, konsep ‘kedai-dalam-kedai’ ini menjanjika­n satu pengalaman membeli-belah baharu buat para pelanggan.
 ??  ?? TARIKAN: Sempena sambutan cawangan MR. D.I.Y. yang ke-700, diskaun sehingga 50 peratus ditawarkan di seluruh negara bagi produk jenama MR. D.I.Y. dan produk terlaris terpilih.
TARIKAN: Sempena sambutan cawangan MR. D.I.Y. yang ke-700, diskaun sehingga 50 peratus ditawarkan di seluruh negara bagi produk jenama MR. D.I.Y. dan produk terlaris terpilih.
 ??  ?? ANDY
ANDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia