Utusan Borneo (Sabah)

TNB rugi RM9 juta akibat perlombong­an bitcoin, polis buru dalang utama

-

MELAKA: Polis Melaka memburu seorang lelaki dipercayai dalang utama sindiket perlombong­an mata wang bitcoin di negeri itu sehingga menyebabka­n Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian kirakira RM9 juta sejak Februari 2019.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata individu tersebut, Tan Joe Pheng, 26, dikehendak­i kerana aktif menggerakk­an aktiviti perlombong­an bitcoin di 18 premis di sekitar negeri itu.

“Saya menyeru kepada masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk memaklumka­n kepada pihak polis. Kepada suspek juga, saya menyeru agar tampil ke balai polis berhampira­n untuk menyerah diri,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Jelas Abdul Majid, lelaki tersebut dikehendak­i bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) / 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang memperuntu­kkan hukuman hingga 10 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM1 juta.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis telah menahan enam individu berumur 29 hingga 39 tahun termasuk seorang lelaki dan wanita dipercayai adik-beradik kepada dalang utama berkenaan yang berperanan sebagai akauntan dan pengurus aktiviti perlombong­an bitcoin.

Keenam-enam individu berkenaan termasuk seorang lelaki warga Indonesia ditahan di sekitar Melaka dan Selangor pada 16 dan 17 Mac lepas.

Abdul Majid berkata, polis turut membuat serbuan di enam premis iaitu masingmasi­ng dua di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah serta Jasin yang dijadikan tempat menjalanka­n aktiviti berkenaan dan merampas 317 mesin perlombong­an bitcoin serta pelbagai peralatan lain dan 38 anak kunci dipercayai kunci premis di sekitar Melaka.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata empat lelaki berumur antara 25 hingga 60 tahun ditahan kerana melakukan empat kes khianat dengan api dan 17 kes khianat dengan simbah cat terhadap mangsa pinjaman wang tidak berlesen, ‘along’ sejak 2019.

Katanya, kesemua lelaki berkenaan diupah antara RM200 hingga RM300 bagi melakukan perbuatan simbah cat manakala RM500 bagi perbuatan khianat dengan api ke atas rumah peminjam along yang gagal membuat pembayaran pinjaman dan jiran mereka dengan tujuan untuk memalukan peminjam.

“Semua lelaki berkenaan ditahan secara berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah pada 10 Mac lepas dan pelbagai barang yang digunakan untuk melakukan perbuatan khianat termasuk 12 botol minuman keras yang digunakan untuk membuat bom botol turut dirampas.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek yang ditahan diupah oleh along yang beroperasi di Johor secara dalam talian menerusi Facebook dan WhatsApp malah, komunikasi dan transaksi pembayaran antara mereka juga berlaku secara maya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun bagi perbuatan khianat dengan api manakala bagi perbuatan khianat dengan simbah cat, hukuman penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. — Bernama

SHAH ALAM: Masih terlalu awal untuk menilai keberkesan­an Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia, kata Menteri Kanan yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

RCEP yang dijadual diratifika­si pada tahun 2022 bakal menyediaka­n akses pasaran lebih besar kepada pemain tempatan dan peluang untuk mereka lebih berdaya saing di peringkat global, katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan oleh

Global Developmen­t Policy Centre of Boston University yang menyatakan jumlah perdaganga­n negara akan menurun sebanyak 36 peratus setahun selepas pelaksanaa­n RCEP.

“15 anggota RCEP mewakili satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), justeru dengan memberi pendapat bahawa prestasi perdaganga­n Malaysia akan merosot...saya rasa terlalu awal untuk menyatakan­nya kerana RCEP membuka laluan akses pasaran yang lebih besar,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rapat Malaysia

Prihatin peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Penganjura­n Rapat Malaysia Prihatin yang diadakan pada semalam memberi peluang kepada komuniti ekonomi di Selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai inisiatif Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan agensinya dalam membantu melonjakka­n ekonomi negeri tersebut.

Terdahulu Azmin dalam ucapan pada majlis itu berkata, lebih daripada 662,000 pekerja dan 78,000 majikan di Selangor telah diselamatk­an melalui Inisiatif Subsidi Upah dengan bayaran sebanyak

RM3.28 bilion.

“Seramai 1.8 juta rakyat Selangor dalam kalangan B40 dan M40 telah menerima Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM2.8 bilion. Selain itu, kerajaan juga membela nasib hampir 180,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor melalui Geran Khas Prihatin (GKP) berjumlah RM532 juta.

“Kira-kira 9,000 peniaga kecil di Selangor dibantu dengan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM136 juta,” katanya. — Bernama

 ??  ?? DIKEHENDAK­I: Abdul Majid (depan, dua kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman (kiri) menunjukka­n gambar seorang lelaki, Tan dipercayai dalang utama sindiket perlombong­an mata wang bitcoin di negeri itu, pada sidang akhbar di Melaka, semalam.
DIKEHENDAK­I: Abdul Majid (depan, dua kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman (kiri) menunjukka­n gambar seorang lelaki, Tan dipercayai dalang utama sindiket perlombong­an mata wang bitcoin di negeri itu, pada sidang akhbar di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia