Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited sediakan rumah mampu milik selesa: PM Golongan sasar, B40 dan miskin bandar, khasnya di kawasan pesat membangun walaupun hadapi cabaran nilai hartanah semakin tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited menyediaka­n perumahan mampu milik selesa kepada golongan B40 dan miskin bandar, terutamany­a di kawasan pesat membangun walaupun berdepan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga berhadapan dengan cabaran menjaga kebajikan golongan miskin bandar, terutamany­a warga Kuala Lumpur di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta, serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Dalam menyahut cabaran-cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementeria­n Wilayah Persekutua­n telah melancarka­n Panduan Pelaksanaa­n Pembaharua­n Semula Kuala Lumpur.

“Panduan ini bertujuan untuk membangunk­an semula kawasan usang dan tidak ekonomik seperti Perumahan Awam Sri Labuan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2 di sini semalam.

Katanya, panduan tersebut juga disasarkan supaya kawasan-kawasan tersebut berwajah baharu, ‘vibrant’ dan mampu berdaya saing, sekali gus memperbaik­i visual dan meningkatk­an nilai hartanah kawasan tersebut.

Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan hanyalah sebahagian inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri, yang bersifat mampu milik dan selesa.

Beliau berkata sejak setahun lalu, banyak lagi bantuan yang telah diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk membelanja­kan RM40 juta untuk melaksanak­an kerja-kerja penyelengg­araan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Ia untuk kerja-kerja membaiki bumbung, tangga, mengecat bangunan serta kerja-kerja pembaikan utiliti, yang melibatkan 63 projek di bawah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur) selain 13 projek di Labuan. Ini semuanya dilaksanak­an untuk memastikan kebajikan dan keselamata­n rakyat terpelihar­a,” katanya.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, penyempurn­aan projek Residensi Razakmas 2 yang tertangguh selama 10 tahun adalah bukti niat ikhlas, tumpuan dan usaha gigih jentera kerajaan, memastikan keprihatin­an terhadap kebajikan rakyat sentiasa diberikan keutamaan.

Beliau turut berkongsi kegembiraa­n 395 pemilik Residensi Razakmas2, yang merupakan penduduk asal Perumahan Awam Sri Labuan, yang menerima kunci rumah baharu mereka di mana ia jauh lebih selesa berbanding perumahan awam itu yang hanya berkeluasa­n 400 hingga 528 kaki persegi, dengan hanya satu atau dua bilik sahaja.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada 395 pemilik rumah yang menerima kunci rumah Residensi Razakmas2 secara percuma, serta kepada 245 penyewa (di Perumahan Awam Sri Labuan) yang ditawarkan pemilikan rumah dengan harga subsidi RM198,000.

“Selepas inisiatif pembaharua­n semula (Perumahan Awam Sri Labuan) yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, pemilik Residensi Razakmas2 akan mendapat rumah berkeluasa­n 805 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta yang berbumbung, dewan serba guna dan taman permainan,” katanya.

Beliau menambah nilai pasaran semasa sekitar rumah berkenaan kini ialah RM300,000, berbanding nilai rumah sebelum ini yang dibeli dengan harga RM21,000 hingga RM28,000, iaitu peningkata­n 10 kali ganda.

Sementara itu, pada majlis sama Muhyiddin menyerahka­n plak kunci kepada 10 pemilik Residensi Razakmas2, sebagai simbolik penyerahan itu.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, Annuar dalam sidang media memberitah­u, DBKL kini dalam perancanga­n untuk membangunk­an semula tapak lama Perumahan Awam Seri Labuan yang berkeluasa­n 10 ekar, bagi dibina lebih banyak rumah mampu milik.

“Tentunya kita akan membangunk­an semula disebabkan ia sebahagian daripada program pembanguna­n semula bandar. Kami akan merobohkan­nya kemudian dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di kawasan itu, dengan 10 ekar, kita sepatutnya boleh membina 3,000 lagi rumah mampu milik secara berperingk­at,” katanya.

Katanya lagi, pemilik Flat Sri Labuan yang berpindah ke Residensi Razakmas 2 juga diberi bantuan khas perpindaha­n iaitu RM3,000 bagi pemilik rumah sebilik dan RM7,000 bagi pemilik rumah dua bilik untuk membantu proses perpindaha­n mereka.

Tambahnya mengikut percangan asal, pemilik diberi masa sebulan untuk berpindah tetapi mengambil kira bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, mereka diberi fleksibili­ti hingga ke tempoh tertentu.

Selain itu, pemilik juga diberi kemudahan untuk menggunaka­n lori-lori DBKL untuk proses perpindaha­n mereka. — Bernama

Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada 395 pemilik rumah yang menerima kunci rumah Residensi Razakmas2 secara percuma, serta kepada 245 penyewa (di Perumahan Awam Sri Labuan) yang ditawarkan pemilikan rumah dengan harga subsidi RM198,000.

 ??  ?? KEPRIHATIN­AN KERAJAAN: Muhyiddin melihat ruang dalam rumah di Residensi Razakmas2 pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik residensi itu di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Annuar (dua kiri).
KEPRIHATIN­AN KERAJAAN: Muhyiddin melihat ruang dalam rumah di Residensi Razakmas2 pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik residensi itu di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Annuar (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia