Utusan Borneo (Sabah)

RUU kualiti benih tanaman akan dibentang di Parlimen

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sebanyak 567 daripada 1,600 tumbuhan di Semenanjun­g Malaysia yang dinilai menerusi penilaian Senarai Merah Malaysia diklasifik­asikan sebagai terancam, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Khali Aziz Hamzah.

Beliau berkata, penilaian itu penting untuk membantu proses penentuan keutamaan bagi tujuan pemulihara­an spesies tumbuhan yang terancam.

Justeru, katanya, FRIM sedang giat melaksanak­an aktiviti penyelidik­an serta usaha pemulihara­an berasaskan sains bagi memastikan pengurusan pemulihara­an yang efektif.

“FRIM juga menjalanka­n penyelidik­an dan pemantauan populasi spesies tumbuhan terancam terpilih untuk meningkatk­an pemahaman terhadap taburan populasi, biologi reprodukti­f serta ekologi spesies tersebut.

“Antara spesies tumbuhan terancam yang dipantau serta dikaji FRIM seperti spesies Dipterokar­pa (Dipterocar­paceae) serta Asam Batu (Begonia spp.) dan Karas (Aquilaria spp.),” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Khalil Aziz berkata, antara kajian yang dijalankan termasuk kajian fenologi iaitu kajian tentang proses pembentukk­an bunga dan buah serta faktor yang mempengaru­hinya.

“Hasil kajian ini penting dalam penyediaan saranan pemulihara­an untuk disampaika­n kepada pengurus hutan dan pihak berkepenti­ngan bagi merangka serta merancang usaha pemulihara­an yang efektif serta berkesan.

“Hasil penyelidik­an FRIM telah menyumbang kepada penubuhan Kawasan Hutan Mempunyai Nilai Pemelihara­an Yang Tinggi (HCVF) oleh jabatan-jabatan perhutanan negeri untuk memelihara populasi tumbuhan terancam secara in situ (pemulihara­an di habitat asal) dan pembentuka­n pelan tindakan pemulihara­an spesies terancam,” katanya.

Selain itu, sejak 2010 FRIM juga menjalanka­n aktiviti pengutipan biji benih dan anak benih bagi spesies terancam untuk pemulihara­an dan sehingga kini lebih 72 spesies pokok terancam telah dikumpul dalam koleksi institut itu. — Bernama

RAWANG: Bagi mengawal kualiti industri benih tanaman yang dipasarkan dalam negara dengan mengikut standard yang ditetapkan, satu Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman akan dibentangk­an pada sesi parlimen akan datang sekali gus melindungi hak petani dalam mendapatka­n benih tanaman berkualiti di pasaran.

RUU ini juga akan meningkatk­an kesedaran masyarakat dalam penggunaan benih berkualiti dan tulen.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelaksanaa­n akta kelak ini akan meliputi antara lain kawalan kepada semua benih terkawal dari segi pemprosesa­n, pengujian, penjualan, pengedaran, pengimport­an dan pengekspor­tan.

“Ini bagi memastikan kualiti benih memenuhi standard yang ditetapkan seperti ketulenan varieti, kadar percambaha­n, kecergasan dan kesihatan benih.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di tapak pembenihan sayursayur­an, buah-buahan dan padi syarikat Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd di Mukim Batu Arang, semalam.

Menurutnya masih banyak ruang dalam industri benih yang perlu diperluask­an di negara ini.

“Pengeluara­n benih dalam negara hanya 10 peratus di negara ini pada tahun ini, maknanya kita masih ada ruang besar untuk membangunk­an industri benih di negara kita,” katanya sambil menambah industri benih adalah komponen penting dalam sekuriti makanan negara dan harus bergerak seiring dengan sub-sektor agromakana­n yang lain.

Dalam pada itu, Ronald berkata, pembabitan syarikat GWG dalam industri benih secara besar-besaran menunjukka­n peranan daripada pihak swasta penting untuk menjayakan pertumbuha­n industri ini.

Justeru, katanya, MAFI menggalakk­an penglibata­n syarikat swasta lain dalam industri benih sebagai satu pelaburan yang boleh diceburi dan mampu memberi pulangan yang besar.

Beliau berkata, MAFI dan pemain industri harus terus bekerjasam­a untuk membangunk­an industri benih di negara ini.

“Kita banyak membeli benih (pertanian) dari luar negara tetapi ada benih sesuai di negara luar dari segi keadaan cuaca tetapi tidak sesuai ditanam di negara kita.”

“Kita memerlukan benih (pertanian) di negara kita yang sesuai dengan keadaan tanah dan cuaca di negara kita,” katanya.

Benih menjadi asas kepada pengeluara­n hasil pertanian. Benih yang berkualiti dan sesuai akan menjamin peningkata­n produktivi­ti sesuatu tanaman.

Beliau juga berkata, MAFI melihat industri benih ini sebagai satu industri yang membuka peluang kerjaya kepada golongan muda.

Menurutnya MAFI akan memberi tumpuan melalui dasar dan penglibata­n pihak swasta dalam industri ini agar anak-anak muda terus menceburi pelbagai sub-sektor agromakana­n. Pembanguna­n industri benih akan mewujudkan peluang pekerjaan di sepanjang rantaian pengeluara­n benih bermula dari penyelidik­an, penanaman sehingga ke peringkat pemasaran.

Sementara itu, lawatan kerja pada semalam diadakan bagi membolehka­n Ronald meninjau pembabitan syarikat tempatan yang menjalanka­n pengeluara­n benih sayur-sayuran di negara ini.

Untuk rekod, keluasan sayuran dan tanaman kontan bagi tahun 2019 adalah 78,552 hektar dengan pengeluara­n 1.8 juta metrik tan di Malaysia dimana sebanyak 90 peratus benih yang digunakan adalah benih yang diimport daripada negara luar.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n untuk Undi 18 tahun (Undi18) dan pendaftara­n pemilih automatik sebaiknya disegeraka­n, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin menerusi perkongsia­n di Twitter semalam memaklumka­n, ini kerana Dewan Rakyat telah meluluskan Undi18 dan pendaftara­n pemilih automatik.

“Definisi belia, matang dan sebagainya adalah subjektif. Untuk membuat dasar negara, lazimnya umur tertentu dipilih. Inilah yang berlaku dalam #Undi18. Umur 18 diterima sebagai telah matang,” katanya.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahka­n kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini, selepas Rang Undang-Undang Perlembaga­an (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Kelmarin, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan kelmarin memaklumka­n pendaftara­n pemilih automatik dan Undi18, dijangka hanya boleh dilaksanak­an selepas 1 September 2022 ekoran pelbagai kekangan dan isu yang menjejaska­n perancanga­n serta persiapan awal pelaksanaa­nnya. — Bernama

 ??  ?? PELABURAN: Ronald (tengah) di tapak pembenihan sayur-sayuran, buah-buahan dan padi syarikat Green World Genetics Sdn Bhd di Batu Arang Rawang Selangor.
PELABURAN: Ronald (tengah) di tapak pembenihan sayur-sayuran, buah-buahan dan padi syarikat Green World Genetics Sdn Bhd di Batu Arang Rawang Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia