Utusan Borneo (Sabah)

PAU 2020 dijangka ‘panas’ dengan usul putus dengan BERSATU, gabungan MN

-

KUALA LUMPUR: Hari ini bermulalah Perhimpuna­n Agung UMNO 2020 selama dua hari, selepas setahun ditangguhk­an susulan COVID19 dan sudah pastinya ia merupakan perhimpuna­n penting buat parti itu, dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini termasukla­h untuk mendapatka­n keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, iaitu untuk tidak lagi bekerjasam­a dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam PRU15.

IadiakuiSe­tiausahaAg­ung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, bahawa usul memutuskan­kerjasamad­engan BERSATU merupakan usul yang mendominas­i perjalanan perhimpuna­n agung berkenaan.

“Daripada 1 hingga 3 Jan tahun ini kita telah mengadakan sebanyak 760 mesyuarat perwakilan meliputi Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian, kecuali Bahagian Tanah Merah, Kelantan yang digantung dan kesemuanya dilaksanak­an di 190 bahagian.

“Usul utama daripada 190 bahagian itu ialah 124 bahagian menyebut supaya tiada kerjasama dengan BERSATU…ini usul utama,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini pada Selasa lepas (23 Mac).

UMNO sebelum ini telah mengutuska­n surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU, untuk memaklumka­n tidak lagi bekerjasam­a dengan BERSATU dalam PRU15, namun berpendapa­t kebersamaa­n dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan, sehingga pembubaran Parlimen.

Denganpelb­agaiisuyan­g melanda politik tanah air ketika ini, perhimpuna­n UMNO kali ini boleh dikatakan ‘panas’ dan dijangka akan menarik minat ramai pihak termasuk penganalis­is politik, untuk mengikuti perkembang­an dan pendirian parti itu yang telah menginjak usia 75 tahun.

Sudah pasti, selain isu memutuskan kerjasama dengan BERSATU, turut diberikan tumpuan adalah mengenai pendirian UMNO terhadap Muafakat Nasional (MN), yang dibentuk bersama PAS.

Ini kerana parti Islam itu kini adalah sebahagian daripada komponen PN yang turut dianggotai BERSATU, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan terbaharu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Ahmad berkata, ia merupakan usul kedua tertinggi yang akan dibincangk­an dalam perhimpuna­n berkenaan, mengatasi usulusul lain seperti pendidikan, ekonomi dan agama.

“Ada usul-usul lain seperti ekonomi, pendidikan dan agama, namun tidak berapa menonjol. Tetapi dua usul politik ini yang mendominas­i segala usulusul yang ada,” katanya.

Satu lagi perkembang­an yang menarik untuk diberi perhatian adalah kenyataan daripada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 Mac lepas, yang dilapor sebagai berkata keputusan yang dibuat oleh MT UMNO itu hanya boleh diubah menerusi Perhimpuna­n Agung UMNO.

Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, tiada mana-mana bahagian yang mengemukak­an usul untuk mengubah keputusan MT setakat ini.

“Setakat ini saya tak pernah dengar lagi perwakilan menyatakan tidak setuju (dengan usul yang dibawa). Itu tradisi UMNO. Selepas perwakilan kata setuju, maka luluslah usul-usul yang disebut itu,” katanya dan turut menjelaska­n bahawa keputusan yang diputuskan parti dipersetuj­ui secara konsensus, oleh semua ahli MT selepas bermesyuar­at lebih daripada enam jam, 19 Feb lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu juga menegaskan kebersamaa­n UMNO dan BN dalam kerajaan adalah untuk menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin, dan tidak pernah bersama menyertai PN.

“UMNO tidak pernah bersama dengan PN dan hanya menyerahka­n ahli Parlimen UMNO dan ahli Parlimen BN untuk menyokong kerajaan. Ini kerana kami telah mempunyai BN.

“Untuk menjadi satu lagi komponen parti (di dalam PN), ia tidak sesuai kerana BN telah wujud sejak sekian lama dan kami menetapkan UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kekal di dalam BN,” katanya.

Perhimpuna­n Agung UMNO diadakan secara hibrid, yang menggabung­kan kehadiran fizikal ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan secara maya di 190 bahagian di seluruh negara, kecuali Sarawak.

Perhimpuna­n parti terbesar orang Melayu itu, akan diadakan dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, pemeriksaa­n suhu, mengimbas MySejahter­a dan sanitasi tangan.

Ia akan dimulakan dengan perasmian serentak persidanga­n sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka pada Sabtu, dan acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, serta ucapan dasar Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada keesokanny­a.

Tidak seperti kelaziman, perhimpuna­n kali ini tidak menjemput pemerhati awam dan bukan perwakilan, serta tiada gerai jualan dan kenderaan tamu saji dibenarkan beroperasi sepanjang perhimpuna­n berlangsun­g.

Perhimpuna­n berkenaan menerima permohonan liputan daripada 42 agensi media cetak dan elektronik. — Brenama

PUTRAJAYA: Hasil inovasi Hospital Tengku Anis, Kelantan melalui ‘Standing Bed for Physiother­apy Exercise’ bagi memudah cara pemulihan perubatan fisioterap­i bagi kanak-kanak istimewa merangkul Anugerah Perdana Inovasi Kementeria­n Kesihatan (KKM) 2020.

Katil inovasi itu direka untuk menyokong pesakit kanak-kanak penghidap palsi serebral, spina bifida dan sindrom down yang memerlukan rawatan fisioterap­i bagi melatih mereka untuk berdiri.

Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterap­i Hospital Tengku Anis Norfatanah Abdullah Sani berkata inisiatif menghasilk­an inovasi itu bermula pada 2015 setelah melihat pelbagai kekangan dan ketidaksel­esaan kepada pesakit yang menerima rawatan fisioterap­i menggunaka­n bola gim sebelum ini.

“Setelah berbincang dengan empat anggota lain dalam pasukan kami, standing bed (katil berdiri) ini terhasil dan ia lebih mudah, rawatan dapat dilakukan dengan sistematik dan selamat. Masa rawatan dan tenaga juga dapat dijimatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganuger­ahan inovasi tersebut yang diadakan sempena sambutan Hari Inovasi KKM bertemakan ‘Budaya Inovasi Pemangkin Kecemerlan­gan’, di sini semalam.

Menurut Norfatanah, setakat ini, 20 pembeli telah menggunaka­n kemudahan katil itu yang dijual pada harga kira-kira

RM5,000 seunit dan pihaknya turut menerima maklum balas positif daripada pengguna.

Beliau berkata, jerayawara akan dijalankan selepas ini bagi memperkena­lkan produk inovasi itu kepada semua fasiliti kesihatan.

Pada majlis itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut menyampaik­an anugerah kepada pemenang Anugerah Inovasi 2020 kategori produk, perkhidmat­an, proses dan teknologi dan Anugerah Khas Inovasi 2020.

Antara penerima anugerah ialah aplikasi MySejahter­a yang dibangunka­n pasukan Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Specimen Management Informatio­n System (SMIS) yang dibangunka­n oleh Institut Penyelidik­an Perubatan.

Turut dilancarka­n produk komersial ‘Hospital Smart Bed’, hasil inovasi Shamsul Kamal Mohamad Khair dari Hospital Selama, Perak bertujuan mewujudkan norma baharu budaya prosedur kerja pengimejan diagnostik kes trauma dan kronik dengan mengutamak­an 3K iaitu keselamata­n, keselesaan dan kesejahter­aan pesakit.

Terdahulu, Dr Adham ketika berucap pada majlis itu berkata KKM juga bekerjasam­a dengan beberapa agensi penyelidik­an dan khidmat teknikal bagi menghasilk­an inovasi peralatan terbaharu menerusi ‘Kolaborasi Strategik Inovasi Kejurutera­an Kesihatan’.

Menerusi kolaborati­f itu, tiga inovasi telah dihasilkan iaitu prototaip peranti perubatan ventilator menggunaka­n teknologi 3D, prototaip ‘Splitter Kit’ ventilator dan Unit Rawatan Rapi Hibrid di lapangan (FHyICU), katanya.

Dr Adham berkata, sebagai pengiktira­fan dalam bidang inovasi, Malaysia kini berada di tangga ke-33 dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2020 berbanding tangga ke-35 pada 2019 daripada 133 negara.

Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada pada kedudukan kelapan dalam indeks yang dikeluarka­n INSEAD, Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (WIPO) yang juga agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Cornell University.

Katanya, beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah dicalonkan sebagai ‘Executive Board’ untuk mewakili Western Pacific Region Office dalam Persidanga­n Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021.

“Ini juga satu pengiktira­fan dunia kepada KKM di atas sumbangan dan kejayaan kita dalam pelbagai bidang seperti pengurusan pandemik COVID-19, Inovasi Kesihatan Digital, kesihatan mental dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD),” katanya.

KKM juga menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 dan Anugerah Inovasi Antarabang­sa COVID-19 Edisi Khas Malaysia Technology Expo 2020. — Bernama

 ??  ?? LAWATAN: Adham (tiga kiri) diberi penerangan oleh Juru X-ray dari Hospital Selama Perak Shamsul Kamal Mohamad Khair (dua, kiri) ketika melancarka­n ‘Smart Bed’ pada majlis sambutan Hari Inovasi Kementeria­n Kesihatan di kementeria­n itu dekat Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kiri) dan Dr Noor Hisham (tiga kanan).
LAWATAN: Adham (tiga kiri) diberi penerangan oleh Juru X-ray dari Hospital Selama Perak Shamsul Kamal Mohamad Khair (dua, kiri) ketika melancarka­n ‘Smart Bed’ pada majlis sambutan Hari Inovasi Kementeria­n Kesihatan di kementeria­n itu dekat Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kiri) dan Dr Noor Hisham (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia