Utusan Borneo (Sabah)

JPJ Pulau Pinang tahan tujuh lelaki disyaki tonto

-

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pulau Pinang semalam menahan tujuh lelaki disyaki tonto yang bertindak menyalurka­n maklumat pergerakan pihaknya kepada pengusaha lori yang membawa muatan berlebihan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Pengarahny­a Adenan Mat Isa berkata, kesemua lelaki berusia antara 20 dan 40-an itu ditahan menerusi Ops Tonto dengan kerjasama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) yang dijalankan di beberapa lokasi di bahagian Seberang Perai bermula jam 8.30 hingga 10 pagi.

“Tonto berkenaan didapati mengikuti setiap pergerakan kenderaan JPJ yang sedang melakukan tugas penguatkua­saan dan mereka (tonto) kemudianny­a menyalurka­n maklumat kepada pengusaha lori yang membawa lebih muatan serta lain-lain kesalahan.

“Selepas menerima maklumat pergerakan JPJ, lori-lori tersebut tidak akan menggunaka­n laluan yang dimaklumka­n atau tidak meneruskan perjalanan sehingga penguat kuasa tiada di kawasan tersebut. Kebanyakan tonto ini akan berada di sekitar kawasan pejabat JPJ dan stesen penguat kuasa bagi memantau pergerakan JPJ,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, empat daripada tujuh lelaki itu ditahan di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), dua di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala seorang di daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Adenan berkata, enam daripada lelaki itu didapati mengekori JPJ dengan menunggang motosikal sementara seorang lagi memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan siasatan mendapati setiap tonto itu mendapat upah RM300 setiap hari daripada pengusaha lori.

“Dalam operasi itu, kami menyita enam buah motosikal pelbagai jenis dan kenderaan Toyota Hilux.

“Turut dirampas tujuh set alatan komunikasi iaitu walkie-talkie yang tidak mempunyai lesen daripada mereka dan telefon bimbit. Tonto-tonto tersebut menggunaka­n walkie-talkie untuk berhubung dengan pemandu lori bagi menyalurka­n maklumat operasi JPJ,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Gangguan yang disebabkan oleh kapal kontena terkandas di Terusan Suez di Mesir, yang telah menjejaska­n lalu lintas laut melalui laluan air terpenting yang menghubung­kan Timur dan Barat, akan memberi impak yang minimum kepada Malaysia, berikutan pelabuhan negara dilengkapi dengan baik untuk mengendali­kan lebih daripada sebuah kapal pada satu masa.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Kapten K. Subramania­m berkata, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan di Malaysia yang menerima persinggah­an kapal dari Eropah dan Mediterran­ean.

“Kami menerima kapal dari Eropah dan Mediterran­ean setiap hari dan jika terdapat kelewatan dalam persinggah­an mereka, kami dapat menampung dua kapal pada satu masa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Ditanya tempoh yang diperlukan untuk mengalihka­n kapal Ever Given, Subramania­m berkata sukar untuk dijangka berikutan terusan itu adalah laluan air buatan yang berada di paras laut tanpa pasang surut untuk memastikan kapal terapung.

Subramania­m, yang telah terpilih sebagai Presiden Internatio­nal Associatio­n of Ports and Harbors yang baharu baru-baru ini, berkata sejumlah kapal sedang menunggu di kedua-dua hujung terusan untuk meneruskan perjalanan mereka.

Pada Khamis, pasukan penyelamat telah diupah untuk mengapungk­an semula kapal kontena yang besar (400 meter panjang, seberat 200,000 tan metrik) itu dan operasi tersebut dikatakan boleh mengambil masa berminggu-minggu berdasarka­n keadaan terusan itu.

Menurut data perkapalan Bloomberg dan Lloyd, antara 150 dan 190 kapal sedang menunggu untuk melalui terusan tersebut apabila usaha untuk mengalihka­n kapal berukuran bangunan pencakar langit itu memasuki hari ketiga.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perkapalan Kebangsaan Malaysia (MNSC) Datuk Dr Andy Seo Kian Haw berkata, dengan Ever Given yang terus berada di terusan tersebut, ia akan menyebabka­n kapal lewat membuat persinggah­an di pelabuhan mengikut jadual.

“Kelewatan kapal untuk berlabuh mengikut jadual akan menyebabka­n kerja-kerja yang tertangguh meningkat di beberapa pelabuhan di laluan perdaganga­n di Eropah, AS serta Asia dan Oceania yang akan memberi impak kepada penghantar­an import dari Kesatuan Eropah ke Malaysia.

“Bagaimanap­un, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ini akan memberi impak kepada pelabuhan Malaysia. (Kami) masih menilai potensi impak perniagaan disebabkan kelewatan tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia