Utusan Borneo (Sabah)

England ‘mengaum’ di Stadium Wembley

Skuad Three Lions robek gawang San Marino pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022

-

LONDON: Gareth Southgate memuji kejayaan Ollie Watkins dalam perlawanan sulungnya bersama England selepas penyerang Aston Villa itu merembat masuk gol dalam kemenangan 5-0 menentang San Marino pada pusingan pembuka kelayakan Piala Dunia 2022.

Empat tahun lalu, Watkins bermain untuk pasukan bola sepak English peringkat keempat bersama Exeter.

Pemain 25 tahun itu menikmati kemasyhura­n sejak itu, menyertai Brentford pada 2017 dan berpindah ke Aston Villa tahun lalu selepas mengakhiri kejohanan itu sebagai penjaring terbanyak.

Beliau mengumpul 12 gol dalam musim pertamanya di Liga Premier, dan buat julung kali menerima jemputan untuk pasukan England dan perlawanan sulung menentang skuad kecil San Marino di Wembley.

England berjaya meraih gol daripada empat pemain hasil sumbangan Dominic Cal- vert-Lewin, gol antarabang­sa pertama James Ward-Prowse dan serangan Raheem Sterling, dan Watkins yang masuk padang pada minit ke-63.

Dibantu dengan bola umpanan Phil Foden, Watkins menjaringk­an gol dengan cubaan pertama dalam jersi England.

Wajah Watkins girang dengan sambutan meriah daripada ahli sepasukan menandakan saat istimewa buat pemain itu yang telah gigih berusaha memanjat kejayaan.

Jurulatih England Southgate mengakui saat itu amat bermakna, berkata: “Perkara pertama yang kamu perasan ialah reaksi daripada seluruh pasukan. Ini menandakan betapa rapatnya mereka. Mereka tahu makna ini kepadanya.

“Beliau membiasaka­n diri dengan cepat dalam kumpulan. Seorang anak didik yang amat rendah diri dan ia bagus untuk memberinya sekurangku­rangnya setengah jam bermain. Beliau berjaya mendapat gol bagai kisah dongeng kan?”

Watkins pernah bermain separuh musim bukan liga sebagai pemain pinjaman kepada Weston-Super-Mare, membuatkan­nya lebih menghargai kejayaan serta-merta beliau bersama England.

“Ia sukar dipercayai, ini adalah apa yang telah saya impikan secara jujur. Saya terkelu,” ulasnya.

“Ia merupakan perjalanan yang hebat. Saya berasa berbesar hati dapat turun padang dengan jersi itu dan bermain bersama ahli sepasukan serta berjaya menghadiah­kan jaringan dalam penampilan sulung saya. Saya tidak dapat percaya, saya amat gembira.”

Watkins ialah cerita utama dalam malam perlawanan mudah England, yang sebenarnya boleh meraih banyak lagi mata jika tidak disebabkan tentangan hebat penjaga gol San Marino, Elia Benedettin­i.

Perlawanan San Marino, perjalanan pada Ahad ke Albania, dan lawatan Poland ke Wembley pada Rabu semua ialah pusingan kelayakan Piala Dunia, dan juga permainan pemanas untuk Euro 2020 yang tertunda dan bermula pada Jun.

Permainan ke-50 Southgate sebagai jurulatih England tidak akan dikenang lama setelah kelemahan pihak lawan, tetapi beliau masih mempelajar­i pengajaran bermakna.

Penyudahan tangkas Calvert-Lewin membuka mata, menyaksika­n Jesse Lingard, Mason Mount and WardProwse turut menangkap mata di tengah padang.

“Saya amat suka dengan cara bola itu bergerak pantas, dan berubah-ubah posisi, namun cara terus mengasak apabila kami kehilangan bola mencermink­an mentaliti pasukan sepanjang

90 minit,” kata Southgate.

“Mason cemerlang dalam separuh masa pertama, dan menentukan rentak. Seronok melihat Jesse menikmati bola sepak lagi, jadi saya fikir banyak perkara bagus berlaku.

Sudah tentu itu ialah pasukan lawan yang perlu kami tewaskan, namun mereka juga melakukan tugas dengan baik.” — AFP

Saya amat suka dengan cara bola itu bergerak pantas, dan berubahuba­h posisi, namun cara terus mengasak apabila kami kehilangan bola mencermink­an mentaliti pasukan sepanjang 90 minit.

 ??  ?? TENTANGAN HEBAT: Aksi perlawanan pembuka kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Sepanyol dan Greece di Stadium Los Carmenes, Granada.
TENTANGAN HEBAT: Aksi perlawanan pembuka kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Sepanyol dan Greece di Stadium Los Carmenes, Granada.
 ??  ?? RANCAK: Babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara England dan San Marino di Stadium Wembley.
RANCAK: Babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara England dan San Marino di Stadium Wembley.
 ??  ?? MENYERLAH: Watkins (tengah) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan tersebut.
MENYERLAH: Watkins (tengah) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia