Utusan Borneo (Sabah)

Kempen kelayakan Piala Dunia 2022 Itali mudah

-

PARMA: Itali menyudahka­n pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 mereka pada Khamis dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Ireland Utara dalam Kumpulan C.

Domenico Berardi dan Ciro Immobile menjaringk­an gol kemenangan dalam separuh masa pertama di Stadio Ennio Tardini di Parma menyaksika­n pasukan tuan rumah meneruskan kemenangan bawah bimbingan jurulatih Roberto Mancini buat 23 kali berturut-turut.

Mancini mengambil alih selepas pemenang empat kali Piala Dunia itu gagal untuk layak ke kejohanan 2018, ketinggala­n peringkat akhir buat kali pertama dalam 60 tahun.

Sejak itu, Mancini memegang rekod terbaik antara mana-mana jurulatih Azzurri dalam 50 tahun lepas secara berterusan termasuk 10 kemenangan dalam perlawanan kelayakan Euro 2020.

“Separuh masa pertama yang cemerlang, kami mampu untuk meraih banyak gol lagi,” kata Mancini.

“Kami akan mengimbas semula masa kedua kerana kami boleh membuat yang lebih baik.

“Sukar buat semua pemain untuk bangkit dan bermain selepas lima bulan. Ia penting untuk bermula dengan elok.”

Pemain pertahanan Itali

Leonardo Bonucci mencatatka­n penampilan ke-100 beliau, bermain dengan empat lagi pertahanan di samping kapten veteran Giorgio Chiellini, Emerson dan Alessandro Florenzi.

“Kegagalan untuk mara ke Piala Dunia lepas masih terasa perit,” kata Bonucci.

“Kami mesti mengambil kemarahan, semangat itu untuk menguasai semua yang layak buat Itali.

Itali bakal berdepan dengan Bulgaria di Sofia pada Ahad.

Pasukan tuan rumah itu mendominas­i awal dengan Immobile cuba merembat gol pada minit ke–12, penyerang Lazio itu mengejar hantaran

Alessandro Florenzi dan menjaringk­an terus namun disambut penjaga gol pasukan pelawat Bailey PeacockFar­rell.

Namun dua minit kemudian Berardi menyempurn­akan cubaan, menyambut bola lorongan Florenzi untuk menjaring masuk dari sudut sempit untuk gol keempatnya dalam lima perlawanan antarabang­sa.

Tandukan Emerson tersasar dan Immobile mencuba lagi sebelum akhirnya berjaya meraih skor dalam cubaan ketiga enam minit sebelum masa rehat dan mencatat gol pertamanya untuk Itali selepas 18 bulan. — AFP

 ??  ?? CARI GOL: Penyerang Itali, Immobile berhadapan dengan penjaga gol Ireland Utara pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan C di Parma.
CARI GOL: Penyerang Itali, Immobile berhadapan dengan penjaga gol Ireland Utara pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan C di Parma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia