Utusan Borneo (Sabah)

Jerman menang selesa 3-0 ke atas Iceland

-

DUISBURG: Jerman melangkah selesa dengan kemenangan 3-0 ke atas Iceland pada Khamis dalam permainan kelayakan Piala Dunia 2022 selepas pemain mereka menampilka­n tunjuk perasaan untuk hak asasi manusia.

Pemain Jerman berbaris sebelum perlawanan memakai baju T yang tertulis ‘human rights’ (hak manusia) sehari selepas pemain Norway turun padang dengan slogan sama dalam protes kepada keadaan pekerja migran yang membina stadium untuk peringkat akhir di negara hos Qatar.

Dalam padang, anak buah Duisburg Joachim Loew meraih mata pendahulua­n 2-0 dalam tujuh minit permulaan permainan melalui Leon Goretzka dan Kai Havertz.

Buat kali pertama dalam 52 tahun Jerman berjaya mendahului awal dalam perlawanan lelaki antarabang­sa.

Ini ialah reaksi sempurna selepas ketua jurulatih Joachim Loew mahu menyaksika­n prestasi kuat selepas kekalahan memalukan 0-6 kepada Sepanyol bulan November lepas.

Pemain tengah Ilkay Gundogan, yang mengumpul 16 gol dalam 34 perlawanan untuk Manchester City musim ini, meneruskan gol berturut-turut semasa bermain buat pasukan negara dalam gol separuh masa kedua Jerman.

Jerman dicabar sebelum permainan bermula apabila pemain tengah Jonas Hofmann disahkan positif COVID-19, namun perlawanan dibenarkan berlangsun­g setelah membuat perbincang­an dengan pihak berkuasa tempatan.

Pemain tengah berusia 18 tahun Bayern Munich, Jamal Musiala tampil untuk penampilan sulung bersama Jerman dalam 12 minit terakhir sungguhpun telah bermain dua kali untuk Bawah-21 England November lepas.

Musiala, yang mempunyai dua kewarganeg­araan, memilih untuk menyertai Jerman dalam pasukan bola sepak senior dan pertukaran beliau dipersetuj­ui badan pemantauan bola sepak dunia FIFA. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia