Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Siri Pertama 2021 itu berlangsun­g di D-Arena, D-Virtual Park, Kota Samarahan pada 27&28 Mac Kejohanan ini juga bertujuan mempromosi­kan D-Virtual Park, Kota Samarahan kerana ramai belum tahu kewujudan tempat permainan digital ini.

- Oleh Rusnan Mustafa Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Sebanyak 16 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan DOTA 2 Championsh­ip Tournament Siri Pertama 2021 yang bakal berlangsun­g di D-Arena, D-Virtual Park, Kota Samarahan.

Presiden Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong yang juga Ketua Marshall Serba Dinamik Dota 2 Championsh­ip Siri Pertama, Mohd Ehsan Wahab berkata kejohanan tersebut bermula hari ini.

“Kejohanan bagi peringkat kumpulan berlangsun­g hari ini dan esok (27 dan 28 Mac).

“Manakala pusingan kalah mati pula akan berlangsun­g pada 3 dan 4 April depan di tempat yang sama (D-Arena, D-Virtual Park, Kota Samarahan),” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Ehsan berkata, antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu ialah Error 404 Gizmo Not Found, Dog Team, Vrallex Knight, Team Mask, Nguyen Team dan Team Random.

Turut serta Nguar Gaming, TheYeageri­st, Hvrvhara, Online Island Reborn, AGG Esport, ETEKI, ESG.Evil Shadow Gaming, Boop, 5 Dices dan Mystical Team.

“Bagi peringkat kumpulan, pasukan yang menang dalam satu perlawanan akan mendapat tiga mata.

“Pasukan yang berada pada kedudukan pertama dan kedua dalam peringkat kumpulan akan layak bermain di peringkat pusingan kalah mati,” jelasnya.

Menurut Mohd Ehsan, juara bagi kejohanan tersebut bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 dan piala.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u kejohanan tersebut dianjurkan bagi menghidupk­an kembali suasana pertanding­an dota secara 'offline' di Sarawak.

“Selain itu, ia sebagai usaha mempromosi­kan D-Arena kepada pemain-pemain eSukan di negeri ini.

“Malah, kejohanan ini juga bertujuan mempromosi­kan D-Virtual Park, Kota Samarahan kerana ramai belum tahu kewujudan tempat permainan digital ini,” katanya.

KOTA KINABALU: Program mencari bakat pemain bola sepak perempuan berusia 10-13 tahun di negeri ini akan diadakan bulan depan.

Pencarian bakat itu adalah menerusi Klinik Bola Sepak Perempuan 10-13 Tahun kelolaan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sabah PPBN Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Omar Maya Amat berkata, ia adalah julung kalinya program khas untuk perempuan seumpama itu diwujudkan di bawah PPBN dan FAM.

Untuk program di Sabah katanya, pencarian bakat pemain berusia 10-12 tahun adalah untuk diserapkan ke Pusat Latihan Akademi Tunas Kota Kinabalu dan Keningau.

Pencarian bakat pemain berusia 13 tahun pula adalah untuk diserapkan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah di Sepanggar dan SSM Pahang.

"Klinik akan diadakan di Keningau dan Kota Kinabalu. Pemain boleh memilih untuk hadir salah satu tempat klinik ini diadakan sahaja," kata Omar yang juga Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) ketika ditemui di sini kelmarin.

Pemilihan untuk pemain berusia 10-12 tahun ke Pusat Latihan Akademi Tunas Kota Kinabalu akan diadakan di Padang SAGA Kg. Likas pada 4 April, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Turut diadakan di venue dan masa yang sama ialah pemilhan pemain bawah 13 tahun ke SSM Sabah.

Panel pemilih terdiri daripada Omar sendiri dan penolongny­a, Roney Asmadul serta Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM, Jacob Joseph.

Pemilihan untuk ke Pusat Latihan Akademi Tunas Keningau pula dijangka akan diadakan di Padang Penjara Keningau tetapi tarikhnya belum ditetapkan.

Omar bekata, pendaftara­n bagi menyertai klinik itu boleh dibuat secara online di http://gg.gg/ppbnsabahp­erempuan.

Sebagai rekod, PPBN di Sabah bermula pada tahun 2014 dan telah melahirkan lapan pemain diserapkan ke Akademi Mokhtar Dahari yang juga pelapis negara.

Sambil itu, PPBN di Sabah kini mempunyai lima Akademi Tunas untuk pemain berusia 7-12 tahun iaitu di Kota Kinabalu, Keningau, Kinabatang­an, Kota Belud dan Tawau.

Terdapat juga Pusat Latihan Daerah (PLD) di Kota Kinabalu, Sandakan, Kinabatang­an dan Tawau.

 ??  ?? EHSAN
EHSAN
 ??  ?? SAINGAN SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Jerman dan Iceland di Duisburg, barat Jerman.
SAINGAN SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Jerman dan Iceland di Duisburg, barat Jerman.
 ??  ?? MERAH MENYALA: Barisan pasukan Wirajaya A.
MERAH MENYALA: Barisan pasukan Wirajaya A.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Barisan pasukan Wirajaya B.
BERSEMANGA­T: Barisan pasukan Wirajaya B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia