Utusan Borneo (Sabah)

150 PTI warga Indonesia dihantar pulang

Tahanan sudah menjalani tapisan kesihatan ketat, termasuk ujian saringan COVID-19

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia Tawau diketuai Konsul Heni Hamidah melaksanak­an Program Penghantar­an Pulang 150 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) Siri 2/2021.

Pengarah JIM Sabah Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin, berkata sebelum ini kesemua tahanan ditempatka­n di Depot Imigresen Tawau sejak tahun lalu dan mereka dihantar pulang melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan Indonesia.

Katanya PTI yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan PeraturanP­eraturan Imigresen 1963 sudah menjalani hukuman mengikut proses perundanga­n negara untuk diusir keluar dari negeri Sabah.

“Tahanan ini sudah menjalani tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasinga­n PTI juga dilaksanak­an bagi suatu tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tidak wujud penularan dalam kalangan mereka.

“Penghantar­an pulang kemudian dilaksanak­an seiring dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” katanya.

TambahnyaP­rogramPeng­hantaran Pulang ini adalah sebahagian daripada aktiviti berterusan proses pengusiran oleh JIM Negeri Sabah bagi tahanan yang ditempatka­n di Depot Imigresen seluruh Negeri Sabah.

“Jabatan ini juga merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat dengan Program Penghantar­an Pulang Siri 2/2021 termasuk Konsulat Republik Indonesia

Tawau, Kementeria­n Luar Negeri, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia dan agensi lain yang turut membantu melancarka­n operasi pengusiran ini.

“JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan tindakan penguatkua­saan dan penghantar­an pulang PTI setelah mereka melalui semua proses perundanga­n dan mendapat pengesahan daripada kedutaan masingmasi­ng,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an warganegar­aasingagar­memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mendapat kebenaran masuk sebelum berada di Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? PULANG: Tahanan melalui kawalan mengikut SOP sebelum dihantar pulang melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan Indonesia.
PULANG: Tahanan melalui kawalan mengikut SOP sebelum dihantar pulang melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia