Utusan Borneo (Sabah)

LKM terima peruntukan RM2.67 juta

Untuk bantu pekebun seluruh negara, bangunkan industri koko

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menerima peruntukan sebanyak RM2.67 juta daripada kerajaan untuk membantu pekebun koko di seluruh negara meneruskan dan mengembang­kan industri ini.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Dr Aliakbar Gulasan, berkata peruntukan itu telah memberikan manfaat kepada lebih 4,000 pekebun koko di negara ini.

“Kita sudah mengagihka­n peruntukan itu dalam bentuk peralatan, pengurusan di kebun, baja koko dan lainlain dalam usaha membantu pekebun terutamany­a pekebun kecil sederhana.

“LKM juga dalam usaha mengadakan kempen besarbesar­an supaya pekebun terus menanam pokok koko, di samping mahu menunjukka­n tanaman ini suatu komoditi yang sangat kompetitif di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Koko LKM, di sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya industri tanaman koko juga dapat menyumbang sesuatu kepada ekonomi negara dan boleh menjamin kehidupan pekebun.

“Walaupun kita bersaing dengan tanaman lain tetapi harga koko tetap stabil dan mempunyai pasaran eksport yang memberangs­angkan daripada negara luar terutamany­a Eropah.

“Buat masa ini, kita mahu mengembali­kan keyakinan para pekebun supaya terus tetap berpendiri­an untuk mengusahak­an kebun koko,” katanya.

Beliau berkata, hasil penyelidik­an yang dibuat memang banyak masalah yang dihadapi pekebun koko termasukla­h serangan serangga perosak.

“Namun, LKM terus berusaha membantu untuk menangani masalah tersebut dan langkah-langkah mengatasin­ya sudah ditemui,” katanya.

Aliakbar berkata, LKM akan terus memainkan perannnya dalam menjalanka­n penyelidik­an dan menyelesai­kan masalah pekebun koko selain membantu mempromosi­kan tanaman ini khususnya sektor huluan serta hiliran.

“Peranan LKM juga untuk terus bekerja dan mencari peluang dan ruang baharu supaya industri koko terus berkembang sebagai komoditi yang mendatangk­an hasil kepada negara.

“Misi kita juga akan cuba mengimbang­kan semula sektor huluan dan hiliran daripada industri koko supaya dapat membangun bersama,” katanya.

 ??  ?? LAWATAN: Aliakbar (empat kanan) ketika melawat Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Koko LKM Tawau.
LAWATAN: Aliakbar (empat kanan) ketika melawat Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Koko LKM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia