Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan dibantu perkasa perniagaan

Pelbagai bantuan disedia, termasuk geran pembelian peralatan, kata Joachim

- Oleh Yap Siong Han

BEAUFORT: Pelbagai bantuan berbentuk geran telah disalurkan kepada usahawan bagi memperting­katkan lagi keupayaan perniagaan masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, bantuan geran berkenaan adalah untuk pembelian sepertimes­in,peralatan,pendigital­an, e-dagang dan bayaran juruperund­ing untuk mendapakan sijil MeSTI dan halal.

“Syarikat-syarikat IKS yang layak bolehlah memohon secara atas talian menerusi portal usahawan Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an DIDR.

“Selain itu maklumat lanjut boleh diperolehi dari pegawaipeg­awai saya di kaunter urus setia di karnival ini.

“Kementeria­n saya juga menganjurk­an kursus dan bengkel secara percuma untuk meningkatk­an lagi pengetahua­n dan kemahiran usahawan,” katanya ketika merasmikan Pusat Produk IKS Sabah, Beaufort dan

Karnival Usahawan IKS, di sini, semalam.

Beliau berkata, selain bantuan geran dan wang tunai secara oneoff, Kementeria­n Pembanguan Perindustr­ianjugamen­yediakan platform online e-Dagang yang dikenali dengan nama GoBiz .

Katanya, platform GoBiz berkenaan membantu usahawan Sabah memasarkan produk mereka tanpa sempadan hingga ke peringkat global.

“Melalui platform ini, usahawan tempatan akan dapat menambah jualan mereka serta mengurangk­an beban dan kos pembiayaan khususnya ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Setakat ini seramai 311 usahawan telah menyertai platform ini dengan 2,325 bilangan produk dan nilai jualan RM17,571,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata, Kedai IKS Sabah di Beaufort akan membantu GoBiz dalam penyediaan pusat pengumpula­nn barangan usahawan tempatan dan juga penghantar­an barangan kepada pembeli di kawasan ini dan sekitarnya.

Katanya, untuk menyertai platform GoBiz khususnya yang mempunyai produk, sila dapatkan maklumat lanjut di kaunter Gobiz yang disediakan dan pendaftara­n adalah percuma.

“Saya difahamkan pembukaan Kedai IKS Sabah di Beaufort akan dapat memberi manfaatkep­adalebihku­rang500 usahawan di daerah ini termasuk daerah-daerah yang berdekatan seperti Papar, Kuala Penyu dan Sipitang.

“Kedai ini juga akan menjadi pusat sehenti atau SME One Stop Product Centre di Beaufort untuk berperanan sebagai pusat pengumpula­n, penyimpana­n, informasi, penjualan dan networking untuk usahawan-usahawan.

“Saya juga diberitahu sudah ada 100 usahawan dari berbagai daerah telah menghubung­i pusat IKS Beaufort untuk menghantar produk mereka ke pusat ini. Ini satu petanda yang baik dan kita harap lebih ramai lagi yang akan menyertai,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Joachim (dua kiri) menunjukka­n produk yang dijual di Kedai IKS Sabah, turut kelihatan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam (tiga kiri).
KENANGAN: Joachim (dua kiri) menunjukka­n produk yang dijual di Kedai IKS Sabah, turut kelihatan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia