Utusan Borneo (Sabah)

Di dunia kita tidak perlu takut apa-apa, kata Siti Khairiah

-

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latar belakang puan?

SITI KHAIRIAH:

Saya dilahirkan pada 28 Mac 1975 di Sandakan Sabah. Saya anak kedua daripada sebelas adik-beradik. Ayah saya Sheikh Mohamad Sheikh Omar adalah keturunan Arab Suluk , seorang tokoh politik dan pernah menjadi Setiausaha BN pada tahun 80-an, manakala ibu saya Salehah Abdullah @ Phang Choon Fah keturunan Cina Iban. Jadi saya sendiri adalah anak Borneo.

UB: Di mana puan meendapat pendidikan awal? SITI KHAIRIAH:

Saya bersekolah rendah di SRJK (C) Chi Hwa Sandakan (19821987) sebelum melanjutka­n pelajaran menengah di SM Sung Siew Sandakan (19881990) Selepas itu, saya melanjutka­n pelajaran dalam tingkatan enam di SM All Saints Kota Kinabalu (1991- 1992). Kemudian saya sempat mengambil A Level di Sunway College sebelum terbang ke United Kingdom bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Undang-Undang dan Pentadbira­n Awam (Law & Public Administra­tion) di Hull University hingga tamat 1996 .

UB: Mungkin ada pengalaman menarik sewaktu di university, yang boleh dikongsika­n kepada pembaca? SITI KHAIRIAH:

Antara pengalaman menarik ialah ketika bekerja memetik buah epal di sebuah ladang untuk mencari duit poket semasa cuti semester. Masa itu upah memetik epal ialah lima pound (kira-kira RM30 sehari). Pengalaman yang tidak kurang menariknya ialah menumpang sebuah keluarga orang Melayu yang sama-sama belajar tetapi belajar di universiti lain .

UB: Masih ingat rakanrakan seuniversi­ti dari Sabah?

SITI KHAIRIIAH:

Tiada. Rakan seangkatan, seorang dari Pulau Pinang bernama Mr Jason Chan dan seorang lagi dar I Melaka, Ms Catherine Chua .

UB: Di mana puan bekerja selepas pulang ke tanah air?

SITI KHAIRIAH:

Selepas enamatkan pengajian di luar negara,saya pulang ke Sabah. Saya pernah bekerja sebagai Pengarah Impian Abadi Sdn Bhd 1998-2002, Unit Pentadbira­n OUM, Eksekutif Pentadbira­n Kanan Tan Chong Holding, Cawangan Sandakan 2005-2006. Selain itu, saya juga pernah menjadi Pengerusi Pusat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Sandakan 2001-2003.Saya juga pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada mantan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Ghapur Salleh selama kira-kira tujuh tahun. Ia memberikan banyak pengalaman kepada saya untuk mengetahui selok belok proses parlimen dan lebih tahu mengenai permasalah­an rakyat di lapangan .

UB: Apa cita-cita puan ketika kecil? Pernah terlintas menceburi bidang politik? SITI KHAIRIAH:

Mulanya saya bercita-cita menjadi seorang peguam, tetapi kemudian berubah fikiran. Ketika di UK saya mengambil jurusan Law & Public Adminisrat­ion. Tak pernah terlintas di hati saya untuk menceburi bidang politik. Minat saya suka memberi khidmat kepada rakyat, minat dalam menganjurk­an program amal kebajikan .

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia