Utusan Borneo (Sabah)

Undi 18 perlu dilaksana jika Dewan Rakyat hendak dibubar

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Perdana Menteri disifatkan belum boleh memohon pembubaran Dewan Rakyat kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) selagi Undi 18 tidak dilaksanak­an.

Setiausaha Agung UPKO Nelson W Angang berkata perkara itu bertentang­an dengan pewartaan Perkara 19 (1) (a) Perlembang­aan Persekutua­n yang membenarka­n rakyat Malaysia berumur dari 18 tahun mengundi.

“Saya percaya alasan Seksyen 1 (2) Akta Perlembaga­an (Pindaan) 2019 melalui Seksyen 3 akan digunakan iaitu hanya dikuatkuas­akan dari tarikh ditetapkan YDPA melalui pemberitah­uan dalam warta.

“Namun Seksyen 3 akta yang sama juga memperuntu­kkan bahawa pindaan terhadap kelayakan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun,” katanya di sini semalam.

Nelson turut menyifatka­n pengumuman Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bahawa hanya seramai 1.2 juta warga berumur 18 hingga 20 tahun di negara ini sebagai tidak signifikan.

Beliau percaya hak perlembaga­an golongan terbabit perlu dihargai dengan memberikan mereka peluang untuk mengundi sebagai rakyat yang berhak jika pilihan raya diadakan.

“SPR juga harus menangani cabaran yang amat serius di Sabah berkaitan masalah pendatang tanpa izin (PTI) yang mendapat kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

“Walaupun UPKO menyokong penuh pelaksanaa­n UNDI 18, tetapi kita juga mahu pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan SPR untuk bekerjasam­a.

“Termasuk mencari mekanisme berkesan untuk memastikan mereka yang didaftarka­n secara automatik sebagai pengundi adalah rakyat Malaysia bukannya PTI,” katanya.

 ??  ?? NELSON
NELSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia