Utusan Borneo (Sabah)

Turun padang untuk penuhi keperluan rakyat

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA PENYU: Usaha turun padang bukan sahaja memberi peluang kepada pemimpin dan wakil rakyat untuk melihat dan mendengar rintihan rakyat di akar umbi tetapi sebagai landasan untuk membuktika­n usaha dan tindakan kerajaan menyantuni seluruh lapisan rakyat.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, sebagai wakil rakyat beliau bukan sahaja terbuka untuk mendengar rintihan rakyat tetapi pada masa sama bertindak bagi memenuhi keperluan masyarakat di kawasan.

Jelas beliau, adalah amat penting baginya untuk bertindak menyelesai­kan apa jua keperluan rakyat di akar umbi kerana ianya berkait rapat tentang soal pembanguna­n yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada rakyat itu sendiri.

Justeru beliau bukan sahaja merancang tetapi turut melaksanak­an program-program berkaitan seperti ‘Sentuhan Kasih’ dan ‘Program Prihatin’ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Prihatin yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Kerukan, kelmarin.

Sempena program itu, Azizah

menyerahka­n FoodBank kepada Pejabat Daerah Kuala Penyu; peralatan kerusi kepada JPKK Kg Bukit Nuri; peralatan kerusi dan khemah kepada JPKK Kg Darat Menumbok;

peralatan meja dan khemah kepada Usahawan Wanita Kg Kerukan; karpet kepada SK Menunggang dan peralatan pembesar suara kepada surau Kg Parit Kerukan.

Selain itu, Azizah turut menyerahka­n tablet sumbangan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun kepada anak golongan asnaf yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan di peringkat negeri dan persekutua­n bagi meneruskan perancanga­n dan agenda pembanguna­n demi kepentinga­n rakyat.

Tambah beliau, usaha membawa pembanguna­n bagi memenuhi keperluan rakyat dapat diteruskan selagi rakyat terus memberikan kepercayaa­n kepada kerajaan yang ada pada hari ini yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

 ??  ?? SERAH: Azizah (dua kanan) menyerahka­n peralatan kepada salah seorang usahawan wanita dalam Program Prihatin yang diadakan di Kampung Kerukan.
SERAH: Azizah (dua kanan) menyerahka­n peralatan kepada salah seorang usahawan wanita dalam Program Prihatin yang diadakan di Kampung Kerukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia