Utusan Borneo (Sabah)

Pusat hemodialis­is akan dibina di Selangau: Gira

-

SELANGAU: Sebuah pusat hemodialis­is akan dibina di Daerah Selangau bagi meringanka­n beban pesakit buah pinggang untuk mendapatka­n rawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, tempat letak kenderaan di hadapan Klinik Kesihatan Selangau telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut.

“Saya dimaklumka­n projek pembinaan pusat hemodialis­is telah diluluskan, kini sedang dalam proses tender dan menunggu ditawarkan kepada kontraktor.

“Saya juga difahamkan pusat tersebut akan dilengkapi dengan enam mesin hemodialis­is,” jelasnya.

Gira berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna Selangau, kelmarin.

Majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurut Gira, pembinaan pusat hemodialis­is tersebut telah lama dicadangka­n semenjak beliau dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Saya difahamkan ramai pesakit buah pinggang terpaksa mendapatka­n rawatan di Hospital Sibu atau Hospital Mukah,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, setakat ini terdapat lebih kurang 80 pesakit buah pinggang di

Selangau yang terpaksa berulang-alik ke Sibu.

“Dalam seminggu, mereka berulang-alik dua kali untuk mendapatka­n rawatan.

“Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan segera untuk kemudahan para pesakit buah pinggang di kawasan ini,” ujarnya.

Terdahulu, Gira bersama yang lain mengiringi Aaron melawat Klinik Kesihatan Selangau.

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.

 ??  ?? LAWATAN: Aaron (tiga kanan) ketika melawat Klinik Kesihatan Selangau kelmarin. Turut mengiringi ialah Gira, Dr Teh (kiri) serta yang lain.
LAWATAN: Aaron (tiga kanan) ketika melawat Klinik Kesihatan Selangau kelmarin. Turut mengiringi ialah Gira, Dr Teh (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia