Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n kes COVID-19 di rumah panjang jadikan Meradong Zon Merah

-

BINTANGOR: Pandemik COVID-19 merebak ke beberapa rumah panjang di Meradong meletakkan daerah itu dalam Zon Merah.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata sebanyak 46 kes direkodkan kelmarin (25 Mac) di lima rumah panjang di daerah itu daripada pengesanan kes aktif.

“Kes baharu ini berlaku di beberapa rumah panjang berikutan pengesanan kes aktif.

“Antara rumah panjang terbabit ialah Rumah Ujeh (Hulu Stras), Rumah Nearly (Sungai Sekijang), Rumah Peter Kilas (Sungai Selidap), Rumah Ancal/Rumah Buan (Sungai Stubah) dan Rumah Bisa (Sungai Sian).

“Keseluruha­nnya terdapat 14 pintu dengan jumlah penduduk seramai 372 orang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bimbang dengan keselamata­n mereka, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan pihak berkuasa Pejabat Kesihatan Daerah, RELA dan polis dalam memerangi penularan pandemik ini.

“Kami sebagai barisan hadapan giat menjalanka­n tugas di lapangan dan menghadapi risiko dalam memerangi COVID-19 ini,” katanya.

Sekam turut meminta orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial dan kerap mencuci tangan.

“Pemimpin masyarakat seperti pemanca, penghulu dan tuai-tuai rumah panjang harus memainkan peranan mereka mencegah wabak ini merebak ke kawasan mereka dan Meradong,” katanya.

Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 kelmarin, beliau menyeru pemandu kenderaan membayar saman lalu lintas dalam tempoh 25 Mac hingga 11 April untuk menikmati diskaun atau penguranga­n 150 peratus melalui aplikasi ‘MyBayar Saman.’

“Saya menyeru orang ramai yang ingin melunaskan atau menyemak saman kenderaan agar melayari portal tersebut,” katanya.

 ??  ?? SEKAM
SEKAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia