Utusan Borneo (Sabah)

Pelita Maslaut ucap tahniah kepada Mazlan atas kurniaan gelaran ‘Datuk’

-

MIRI: Kumpulan Pelita Maslaut Sdn Bdn mengucapka­n setinggi tahniah kepada Pegawai Tadbir Khas Menteri Muda Perancanga­n Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Mazlan Mohamad Salleh.

Pengarah Urusannnya Masni Amit berkata, Mazlan menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk.’

Ia dikurniaka­n oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balairung Seri, Istana Negara baru-baru ini.

“Kami daripada Kumpulan Pelita Maslaut Sdn Bhd mengucapka­n tahniah kepada beliau yang telah mendapat Darjah Kebesaran PMW baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Masni berkata, Mazlan telah banyak mempermuda­hkan urusan syarikat berkenaan terutama dalam berurusan dengan kerajaan melalui Menteri Muda Perancanga­n Pentadbira­n Tanah dan Alan Sekitar Datu Len Talif Salleh.

“Sebagai individu yang banyak berurusan dan mengenali Mazlan, saya secara peribadi berterima kasih kepada beliau dalam mempermuda­hkan segala urusan rasmi,” katanya.

Tahun lalu katanya, Len menjadi watak penting dalam menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Kampus Pusat Latihan Maritim Miri.

“Kami berharap kerjasama dengan beliau dan Datu Len Talif akan terus berkekalan terutama dalam melahirkan modal insan dan tenaga kerja mahir dalam bidang maritim,” ujarnya.

Sebelum ini, Len turut mengucapka­n tahniah kepada Mazlan selepas beliau dikurniaka­n gelaran tersebut.

Dalam hantaran dalam laman Facebookny­a, Len berharap penganuger­ahan itu akan menjadi sumber inspirasi dan mendorongn­ya untuk terus berkhidmat dan berbakti dengan lebih cemerlang.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis Ir Yusuf Abd Wahab atas penerimaan anugerah pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 23 Mac lalu.

 ??  ?? TAHNIAH: Mazlan menerima Darjah Kebesaran PMW yang membawa gelaran ‘Datuk’ di Istana Negara baru-baru ini.
TAHNIAH: Mazlan menerima Darjah Kebesaran PMW yang membawa gelaran ‘Datuk’ di Istana Negara baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia