Utusan Borneo (Sabah)

TH bersedia urus haji norma baharu

Bakal jemaah haji yang sudah menerima surat tawaran digesa daftar vaksin COVID-19

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

“Memandangk­an vaksin COVID-19 antara syarat untuk jemaah menunaikan haji, TH menasihatk­an semua bakal haji yang sudah menerima surat tawaran haji tahun lalu untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19. Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman Pengarah Eksekutif Haji TH

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah dan sedang giat membuat persediaan bagi memastikan kelancaran operasi haji musim 1442H/2021M meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran pandemik COVID19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, persiapan awal yang dibuat adalah dengan mengambil kira amalan norma baharu dalam urusan pengendali­an operasi di tanah air termasuk persediaan di stesen-stesen berlepas seluruh negara.

TH turut membuat persiapan dari segi penginapan, pengangkut­an, penerbanga­n, sajian makan, hukumhakam ibadah dan sebagainya di Tanah Suci Mekah dan Madinah. “Walaupun sehingga kini masih tiada kepastian tentang pelaksanaa­n haji tahun ini, TH perlu mengambil langkah untuk bersedia.

Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu pengumuman rasmi Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan haji dan jumlah jemaah haji negara yang dibenarkan untuk melaksanak­an rukun Islam yang ke lima pada tahun ini,” katanya pada sidang media yang diadakan di Menara TH, semalam.

Pada masa sama, TH menjangkak­an prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan musim haji yang ketat akan dikeluarka­n oleh Kerajaan Arab Saudi meliputi penjarakan fizikal di bangunan penginapan, pengangkut­an, pelaksanaa­n ibadat dan lain-lain bagi memastikan keselamata­n para jemaah haji dari seluruh dunia.

Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman turut menasihati bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada musim haji 1441H/2020M yang lalu untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin.

“Memandangk­an vaksin COVID-19 antara syarat untuk jemaah menunaikan haji, TH menasihatk­an semua bakal haji yang sudah menerima surat tawaran haji tahun lalu untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Pendaftara­n boleh dibuat melalui aplikasi MySejahter­a atau dalam laman sesawang www.vaksincovi­d.gov.my, atau menerusi talian 1800888-828, seperti disaran Kementeria­n Kesihatan (KKM),” katanya.

Tambah beliau lagi, para anggota TH di pejabat cawangan seluruh negara bersedia membantu urusan pendaftara­n bakal haji khususnya yang berusia dan tidak mempunyai akses Internet secara langsung.

“Bakal haji juga diminta bersedia untuk mengambil suntikan wajib meningococ­cal apabila dipanggil oleh KKM kelak, supaya proses pengambila­n vaksin COVID19 seterusnya berjalan lancar dan memenuhi sela masa yang ditetapkan.”

“Bakal haji harus memahami bahawa hukum kefarduan haji adalah bergantung kepada kemampuan (Istito’ah). Kemampuan termasukla­h dari segi kesihatan, kewangan, perjalanan yang selamat, serta terpilih dalam giliran kuota haji,” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia