Utusan Borneo (Sabah)

55 peniaga Pasar Datuk Keramat terima bantuan MEDAC berjumlah RM82,500

-

KUALA LUMPUR: Seramai 55 peniaga yang terlibat dalam insiden kebakaran Pasar Datuk Keramat di sini, pada 17 Mac lepas menerima sumbangan daripada Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) semalam.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sumbangan berjumlah RM82,500 itu bertujuan membantu mereka yang hilang mata pencarian selain meringanka­n beban mereka dan keluarga yang masih bergelut untuk bangkit daripada pandemik COVID-19.

“… kita pun berasa sedih, tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadan dan kebakaran ini berlaku, ini telah ditakdirka­n dan tidak boleh kita hilangkan (elakkan).

“Bagaimanap­un, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan meroboh dan membina tempat perniagaan sementara untuk Ramadan supaya mereka boleh berniaga dengan seberapa cepat yang boleh,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan itu di sini semalam.

Sumbangan itu disampaika­n Wan Junaidi kepada Yang Dipertua Persatuan PenjajaPen­jaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutua­n Datuk Mohamad Abdullah sebagai wakil peniaga selepas membuat tinjauan di tempat kejadian.

Wan Junaidi berkata, agensi di bawah MEDAC seperti SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp Malaysia), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Bank Rakyat dan SME Bank akan melihat keperluan bagi membantu mangsa membangunk­an semula perniagaan mereka.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan pihak agensi bagi mendapatka­n bantuan diperlukan,” katanya.

Pada 17 Mac lepas, lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat dilaporkan terbakar, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa. — Bernama

 ??  ?? LAWATAN: Wan Junaidi meninjau kawasan kejadian kebakaran ketika mengadakan lawatan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur semalam. Lebih 40 kedai di pasar itu terbakar dalam kejadian pada petang 17 Mac lepas namun tidak membabitka­n sebarang kemalangan jiwa. — Gambar Bernama
LAWATAN: Wan Junaidi meninjau kawasan kejadian kebakaran ketika mengadakan lawatan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur semalam. Lebih 40 kedai di pasar itu terbakar dalam kejadian pada petang 17 Mac lepas namun tidak membabitka­n sebarang kemalangan jiwa. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia