Utusan Borneo (Sabah)

MSU Internatio­nal Fashion Collection 2021 ketengah bakat pereka fesyen muda

-

SHAH ALAM: Institusi pendidikan tinggi merupakan antara pemain industri utama yang telah melahirkan ramai pereka berdaya saing dalam industri fesyen negara dan antarabang­sa.

Justeru itu, Management & Science University (MSU) melalui School of Hospitalit­y & Creative Arts (SHCA) dengan kerjasama UEDA College of Fashion, peneraju sekolah fesyen di Jepun dan TreasuKURA, jenama fesyen terkemuka di Jepun telah menganjurk­an program MSU Internatio­nal Fashion Collection 2021.

Matlamat utama program tersebut ialah untuk mengetenga­hkan bakat dan kreativiti pereka fesyen muda MSU di pentas peragaan. Secara keseluruha­nnya, 40 rekaan bakal diperagaka­n berkonsepk­an kontempora­ri dengan suntikan elemen tradisiona­l Malaysia dan Jepun.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menyambut baik penganjura­n program seperti MSU 2021 Internatio­nal Fashion Collection yang secara langsung dapat memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada para pelajar untuk bergiat aktif dan kreatif.

Saya percaya, projek seni dan fesyen MSU dengan kolaborati­f strategik antarabang­sa dari negara Jepun ini, akan dapat memberi pendedahan besar kepada pelajar untuk menonjolka­n bakat, inovasi dan kreativiti ke peringkat global.

Sektor itu juga membantu perkembang­an industri kreatif di negara ini yang menyumbang sebanyak 1.9 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015.

“Industri ini sudah menggaji sekitar sejuta orang dan berpotensi berkembang serta memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia dalam tempoh masa panjang,” katanya selepas menghadiri pertunjuka­n fesyen MSU Internatio­nal Fashion Collection 2021 di MSU Khamis lalu.

Hadir pada majlis pelancaran program tersebut adalah, Presiden MSU, Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid serta barisan pengurusan kanan MSU dan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia.

Turut sama pada majlis pelancaran program secara maya ialah Presiden UEDA College of Fashion Hiloshi Tajima dan Pengasas TreasuKURA. Tetsuya Mizutani.

Sementara itu, Dato’ Wira Dr Mohd Shukri berkata, kerjasama strategik antara MSU dengan UEDA Collage of Fashion dan TreasuKURA menyaksika­n penuntut Rekaan Fesyen MSU memperoleh pendedahan antarabang­sa melalui pengalaman pembelajar­an, pentas peragaan dan komersial.

“Kerjasama strategik di antara MSU, UEDA College of Fashion dan TreasuKURA telah menyaksika­n pelajar rekaan fesyen MSU mendapat pendedahan antarabang­sa melalui pengalaman pembelajar­an, pentas peragaan dan komersil.”

“Semenjak 2018, pelajar MSU telah mendapat peluang mengetenga­hkan rekaan mereka di pentas pertunjuka­n dan pameran fesyen Uedagakuen Collection di Osaka, Jepun yang dianjurkan oleh UEDA College of Fashion.

“Selain itu, kolaborati­f di antara MSU dan TreasuKURA menyaksika­n rekaan pelajar MSU telah dipilih untuk diperagaka­n di pentas berprestij Malaysia Fashion Week,” katanya.

Usaha MSU dalam mempelopor­i kecemerlan­gan pendidikan tinggi menyaksika­n MSU berada di kedudukan pertama di Malaysia dan disenaraik­an dalam kalangan #151200 dunia bagi subjek Art and Design (Fashion Design) pada edisi 2021 QS World University Rankings by Subject.

Manakala bagi subjek Hospitalit­y and Leisure Management, MSU berada pada kedudukan kedua terbaik di Malaysia serta disenarai dalam kalangan #51-100 terbaik dunia.

Selain itu, kualiti jenama MSU turut diiktiraf sebagai penerima ‘Malaysia Tourism Council Gold Award School of Tourism and Hospitalit­y’ dan Malaysia Centre of Excellence of the Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM).

 ??  ?? BINCANG: Noraini (kiri) bersama Dr Mohd Shukri pada majlis pertunjuka­n fesyen MSU Internatio­nal Fashion Collection 2021 di MSU Khamis lalu.
BINCANG: Noraini (kiri) bersama Dr Mohd Shukri pada majlis pertunjuka­n fesyen MSU Internatio­nal Fashion Collection 2021 di MSU Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia