Utusan Borneo (Sabah)

Premis penyimpana­n makanan guna logo halal tanpa kelulusan diserbu

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sebuah premis menyimpan makanan menggunaka­n penandaan halal yang tidak diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diserbu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah kelmarin.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, turut serta dalam serbuan di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) itu adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kira-kira jam 11.00 pagi.

“Ketika diserbu premis terbabit menyimpan produk makanan ringan diimport membabitka­n nilai rampasan RM40,946.50.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua makanan ringan diimport ini menggunaka­n penandaan halal pada setiap bungkusann­ya yang tidak diperakui oleh badan berwibawa iaitu JAKIM,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan

Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(b) Perintah yang sama.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua denda RM250,000 atau

penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Georgie berkata, pihaknya akan terus mempergiat usaha melindungi pengguna daripada penyalahgu­naan penandaan halal oleh pihak tidak bertanggun­gjawab dan tidak akan berkomprom­i jika ada premis menggunaka­n penandaan halal tidak

diperakui.

Beliau turut menasihatk­an pengusaha atau syarikat agar sentiasa memastikan setiap makanan atau produk keluaran mereka hanya menggunaka­n perakuan dan penandaan halal yang mendapat perakuan daripada pihak berwibawa sebagaiman­a yang ditetapkan oleh undang-undang.

 ??  ?? SERBU: Premis penyimpana­n makanan yang menggunaka­n logo halal tanpa perakuan JAKIM diserbu KPDNHEP.
SERBU: Premis penyimpana­n makanan yang menggunaka­n logo halal tanpa perakuan JAKIM diserbu KPDNHEP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia