Utusan Borneo (Sabah)

Satu kes perjudian selesai, 13 lagi dalam siasatan

-

PAPAR: Bagi suku pertama tahun 2021, Ibu Pejabat Polis (IPD) Papar berjaya menyelesai­kan satu kes sindiket perjudian, sementara 13 lagi masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Batholomew Ak Umpit berkata, daripada 14 kertas siasatan perjudian yang dibuka, satu kertas siasatan selesai dituduh di mahkamah apabila pihaknya berjaya menahan 17 warga tempatan termasuk seorang wanita di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4A(a) akta sama.

“Mereka yang ditahan berumur antara 19 hingga 55 tahun, kebanyakan­nya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan barang yang dirampas berupa 13 unit telefon bimbit pelbagai jenis dan jenama serta wang tunai RM2,261 dipercayai hasil kegiatan berkenaan.

“Seksyen yang kita tuduh di mahkamah ialah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 mengenai operasi rumah perjudian terbuka, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun bagi setiap mesin yang dirampas.

“Selain itu, Seksyen 4(a) akta sama berkait loteri awam, jika sabit kesalahan akan didenda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih dari RM200,000 dan dikenakan hukuman penjara selama tidak melebihi lima tahun.

“Di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mereka dituduh di bawah Seksyen 4B(a) tentang mesin judi, jika sabit kesalahan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin.

“Juga, Seksyen 7(2) akta sama iaitu berjudi, jika sabit kesalahan akan didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan Sambutan Hari Polis Ke-214 di sini.

Beliau yang ditemani Pengerusi Perkep IPD Papar Meliana Kamilus tiba di perkaranga­n IPD Papar pada jam 7.50 pagi dan sambutan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu ‘Negaraku’, ‘Sabah Tanah Airku’ dan ‘Sang Saka Biru’, diikuti acara pemeriksaa­n kawalan kehormatan dengan kekuatan dua pegawai dan 40 pegawai rendah polis.

Selesai bacaan doa, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Insp Najib Hasan kemudianny­a mengetuai lafaz ikrar Rukun Negara dan taat setia, sebelum Batholomew menyampaik­an amanat Ketua Polis Negara.

Pada majlis yang melaksanak­an prosedur operasi

RAMPASAN: Antara barang kes yang dirampas.

standard (SOP) itu, seramai 45 orang termasuk warga IPD Papar menerima surat penghargaa­n daripada Batholomew atas kecemerlan­gan tugas masing-masing serta orang awam dan petugas media yang menyumbang bakti terhadap usaha pencegahan jenayah di daerah terbabit.

Sebagai penutup tirai acara tahunan itu, beliau dan warga IPD Papar menyanyika­n lagu keramat, ‘Polis Sedia Berkhidmat’ dan sambutan berakhir tepat jam 8.45 pagi. — Penerangan

 ??  ?? RAMPASAN: Batholomew (kanan) menunjukka­n barang rampasan kes perjudian.
RAMPASAN: Batholomew (kanan) menunjukka­n barang rampasan kes perjudian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia