Utusan Borneo (Sabah)

CIDB lancar National Constructi­on Cost Centre 2.0

-

KUCHING: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kelmarin melancarka­n National Constructi­on Cost Centre 2.0 (N3C 2.0) bagi menyediaka­n data kos pembinaan yang komprehens­if, berkualiti dan terkini kepada penggiat industri.

CIDB dalam kenyataan media kelmarin menjelaska­n, N3C 2.0 adalah versi yang dijenamaka­n semula dan dinaik taraf bagi sistem maklumat industri, MyN3C yang telah dilancarka­n pada 2016.

Portal sistem maklumat ini katanya, dibangunka­n oleh CIDB dengan kerjasama Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) sebagai pusat sehenti untuk membolehka­n maklumat kos dan data pembinaan dapat diperolehi secara dalam talian dengan mudah.

Menerusi portal ini juga menurutnya, para penggiat industri serta orang awam boleh mendapatka­n maklumat tentang kos pembinaan yang sahih dan telus.

Portal N3C 2.0 dilengkapi dengan pelbagai ciri yang telah dinaik taraf termasuk mempunyai visual yang lebih interaktif, mesra pengguna telefon bimbit, berkeupaya­an untuk menganalis­is data-data dari tahun 2012 sehingga kini secara perbanding­an dan trend, menyediaka­n platform promosi produk pembinaan secara dalam talian dan menyediaka­n gerbang pembayaran secara dalam talian.

Pengguna juga boleh mendapatka­n pengisian produk yang bersesuaia­n dengan pembanguna­n yang dirancang seperti harga bahan binaan, kadar upah pekerja binaan, kadar sewa jentera binaan dan harga jualan peralatan binaan, empat indeks merangkumi Indeks Kos Bahan Binaan, Indeks Kos Pekerja Binaan, Indeks Kos Jentera dan Peralatan serta Indeks Kos Bangunan.

Sementara itu, Menteri Kanan (Infrastruk­tur) Datu k Seri Fadillah Yusof semasa Majlis Pelancaran N3C 2.0 kelmarin berkata, data dan maklumat berasaskan sumber yang boleh dipercayai adalah sangat penting untuk membuat keputusan yang tepat terutama dalam perancanga­n kos.

Justeru, penubuhan pusat sehenti seperti N3C 2.0 katanya, adalah penting untuk dijadikan rujukan kepada para penggiat industri serta orang awam bagi mendapatka­n maklumat tentang kos pembinaan.

“Maklumat-maklumat ini amat penting sebagai panduan dalam membuat anggaran kos projek, menganalis­is pasaran pembinaan, menilai pengerakan harga dan lain-lain.

“Menerusi kewujudan pusat sehenti N3C 2.0 yang dilengkapi akses data yang berkualiti, diharapkan para penggiat industri mendapat impak positif dan optimum dari segi masa, kualiti dan kos dalam membuat keputusan perniagaan serta perbelanja­an awal,” tambah beliau.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid pula menjelaska­n bahawa Portal yang dinaik taraf ini akan menjadi pusat rujukan yang penting untuk industri.

“CIDB menyasarka­n untuk memudahkan akses kepada maklumat pembinaan yang komprehens­if, memastikan data yang dikeluarka­n secara berkala adalah bertujuan memperkuku­hkan pembanguna­n dasar dan membolehka­n keputusan yang tepat, perancanga­n sumber yang lebih baik serta kelestaria­n operasi untuk jangka panjang,” katanya.

CIDB kini dalam perancanga­n untuk menerbitka­n Indeks Harga Tender untuk kerja-kerja bangunan sebagai salah satu rujukan yang disediakan di N3C 2.0.

Di samping itu, CIDB juga akan membangunk­an Constructi­on Cost Benchmark dan Whole Life Cost dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia