Utusan Borneo (Sabah)

Brazil lapor 3,650 kematian sehari akibat COVID-19

-

BRASÍLIA: Brazil telah mencapai satu rekod baru bagi angka kematian COVID-19 harian dengan jumlah 3,650 kelmarin, menurut pihak kementeria­n kesihatan, ketika pandemik yang berada di luar kawalan di negara ekonomi terbesar di Amerika Latin.

Sejak Februari, Brazil telah melihat rekod demi rekod bagi kematian dan kes baharu jangkitan sebagai negara kedua yang paling terjejas di antara lain di dunia, selepas Amerika Syarikat, dengan lebih dari 307,000 kematian akibat pandemik.

Ia telah mengatasi jumlah awal sebanyak 3,000 kematian dalam sehari pada Selasa lepas.

Angka harian anggaran sepanjang minggu lepas 2,400 lebih dari tiga kali ganda dari jumlah ketika awal Januari.

Angka tersebut telah meningkat dengan berterusan disebabkan oleh faktor-faktor termasuk orang ramai yang tidak mematuhi norma penjarakan sosial dan sejenis varian virus baru telah muncul di sini dan dipercayai sebagai lebih berbahaya berbanding dengan strain asal.

Satu lagi masalah besar adalah program vaksinasi di negara ini bergerak perlahan. Setakat ini hanya 5.9 peratus dari populasi seramai 212 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin koronaviru­s.

Presiden Jair Bolsonaro mengumumka­n pada minggu ini telah melancarka­n sebuah jawatankua­sa krisis bagi berdepan dengan pandemik, satu perubahan arah di sebalik tekanan yang bertambah mengenai satu situasi yang beliau kerap kali meminimumk­an.

Pengumuman kelihatan sedikit sebanyak mengurangk­an kritikan terhadap Bolsonaro, yang telah melanggar nasihat pakar mengenai kawalan pergerakan dan pelitup muka, mendesak satu rejimen ubat yang menurut para saintis tidak berkesan, dan mengeluark­an kenyataan menentang vaksin.

 ?? — Gambar AFP ?? LUAR KAWAL: Kelihatan ahli keluarga memerhatik­an pekerja tanah perkuburan membersihk­an kubur selepas acara pengebumia­n di Porto Alegre, Brazil pada Jumaat lepas. Brazil berdepan dengan 100,000 kes baharu COVID-19 pada Khamis.
— Gambar AFP LUAR KAWAL: Kelihatan ahli keluarga memerhatik­an pekerja tanah perkuburan membersihk­an kubur selepas acara pengebumia­n di Porto Alegre, Brazil pada Jumaat lepas. Brazil berdepan dengan 100,000 kes baharu COVID-19 pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia