Utusan Borneo (Sabah)

PM seru rakyat segera daftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

-

MUAR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat supaya segera mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan demi kesejahter­aan diri masing-masing.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir berkata, rakyat perlu mengambil peluang tersebut kerana suntikan berkenaan disediakan percuma oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, rakyat tidak perlu takut untuk menerima suntikan itu memandangk­an beliau dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman sendiri sudah melengkapk­an suntikan tersebut, baru-baru ini.

“Program vaksinasi ini, saya minta orang Pagoh wajib mendapatka­nnya (suntikan). Saya dan isteri sudah dapat vaksin dua kali…tengok masih macam ini (sihat). Tidak ada masalah, makan macam biasa, tidur macam biasa…jangan takut,” katanya ketika berucap pada program Jom Ke Sekolah

Parlimen Pagoh dan DUN Gambir Bersama Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, menerusi taklimat oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaludin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba kelmarin, mendapati seramai 7 juta rakyat Malaysia sudah berdaftar dengan program itu. Beliau bagaimanap­un berkata, angka tersebut diharap dapat mencecah sehingga 10 juta tidak lama lagi dan seterusnya mencapai sasaran 70 hingga 80 peratus (kira-kira 26 juta) penduduk Malaysia divaksinas­i.

“Apabila ramai dapat suntikan vaksin (COVID-19), maka lebih selamat negara kita. Itu tujuan kerajaan bukan dengan niat apa tetapi untuk tolong rakyat. Rakyat harus tolong diri sendiri untuk memastikan kehidupan yang selamat dan sihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia