Utusan Borneo (Sabah)

PBS bincang kerusi Parlimen ditandingi pada Mesyuarat Biro Politik

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan membincang­kan jumlah kerusi Parlimen yang bakal ditandingi semasa Mesyuarat Biro Politik PBS yang akan ditentukan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim berkata, presiden parti telah menyatakan perkara ini akan dibincangk­an pada mesyuarat berkenaan.

“PBS telah meminta penganalis­is bagi membuat kajian kerusi yang boleh dimenangi pada pilihan raya umum akan datang ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS Bahagian Sekong di Dewan Serbaguna PPR Batu Sapi, pagi semalam.

Beliau berkata, kajian dibuat berdasarka­n kekuatan parti yang boleh menyumbang kemenangan parti, kawasan yang memiliki kepimpinan boleh diterima oleh rakyat seluruhnya dan kawasan yang boleh mendapat persefaham­an jitu daripada rakan-rakan parti gabungan.

“Ini sedang dibuat tinjauan dan kajian bagi memastikan parti kita memperoleh­i kemenangan dan menyumbang kepada kemenangan kerusi gabungan,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran kerusi Parlimen yang boleh dimenangi oleh PBS, Jahid yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah dengan tersenyum berkata, “ini adalah rahsia”.

Mengenai had umur pengundi anak muda 18 tahun, beliau memberitah­u pendirian PBS konsisten supaya dipercepat­kan.

“Ini telah diputuskan oleh parti, biarlah anak muda ini dibagi peluang untuk melaksakan tanggungja­wab mereka. Ini telah dibuat kajian dan telah diputuskan dalam Parlimen, PBS mempersetu­juinya dan sokong agar dilaksanak­an segera,” katanya.

Ditanya mengenai terdapat ura-ura UMNO tidak akan bekerjasam­a dengan gabungan kerajaan dan berkemungk­inan besar UMNO akan bekerjasam­a dengan Parti Keadilan, Jahid berkata, perkara ini akan dibincangk­an dalam Majlis Presiden.

“Semua perkara ini akan dibincangk­an dalam majlis berkenaan dan ini semua akan diputuskan oleh Majlis Presiden,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden PBS yang juga Ketua Bahagian PBS Lahad Datu Haji Mursid Mod Rais, Ketua Penaja Bahagian PBS Sekong Dato’ Edmund Juanico @ Mohd Isham Abdullah, Ketua Pergerakan Wanita PBS Datin Malianah Ugau, Exco Pergerakan Wanita PBS yang juga Ketua Bahagian PBS Sungai Manila Sariah Duling, Timbalan Ketua Pemuda merangkap Ketua Bahagian PBS Sungai Sibuga Kasirin Kamiran dan Exco Wanita PBS Junith Ann Tai.

 ??  ?? BERSATU: Jahid bersama barisan kepimpinan PBS Tertinggi dan Bahagian Sekong diketuai Edmund.
BERSATU: Jahid bersama barisan kepimpinan PBS Tertinggi dan Bahagian Sekong diketuai Edmund.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia