Utusan Borneo (Sabah)

Kesalahan ekzos bising hanya dikenakan tindakan advokasi setakat ini: Wee

-

KUALA LUMPUR: Buat masa ini, kesalahan menggunaka­n ekzos bising motosikal hanya akan dikenakan tindakan advokasi, iaitu pengeluara­n notis untuk temu siasat, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee yang juga Presiden MCA berkata perkara itu telah dimaklumka­n oleh beliau kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman.

“Saya telah meneliti ucapan Presiden (UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) termasuk pandangan beliau tentang penguatkua­saan terhadap ekzos bising motosikal.

“Saya ingin maklumkan bahawa MOT (Kementeria­n Pengangkut­an) telah membuat satu keputusan, bahawa pada peringkat ini lebih elok tumpukan kepada pendekatan advokasi iaitu dikeluarka­n Notis 114 daripada tindakan saman,” katanya kepada media selepas menghadiri perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2020, di sini semalam.

Notis 114 ialah notis panggilan temu siasat dan mereka yang menerima notis itu perlu tampil memberikan keterangan di mana-mana cawangan JPJ untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Wee berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPJ bagi menyelaras­kan tindakan advokasi tersebut memandangk­an langkah berkenaan turut melibatkan polis trafik.

Kerajaan sebelum ini menguatkua­sakan saman hingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunaka­n ekzos bising.

Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkut­an Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelakka­n kesalahan sama berulang.

Setakat 5 Mac lalu, sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarka­n dalam Operasi Khas Ubah suai Ekzos (bising) di seluruh negara bermula 1 Mac, menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Isu itu disentuh oleh Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya pada Perhimpuna­n Agung UMNO pagi tadi yang berkata beliau dimaklumka­n tentang motosikal disita kerana ekzos yang diubah suai.

“Janganlah sampai disita. Bagaimana mereka ingin meneruskan survival kehidupan sedangkan itulah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk mencari rezeki. Apakah kita sudah buta hati, dan kejam, membiarkan kehidupan rakyat terus menerus terbeban? Rakyat kecewa dan terus merana ,” kata Ahmad Zahid. —

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Wee selepas menghadiri majlis Perasmian Persidanga­n Perhimpuna­n Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Wee selepas menghadiri majlis Perasmian Persidanga­n Perhimpuna­n Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia