Utusan Borneo (Sabah)

‘MILIK SEMUA ANAK WATAN SABAH’

Hala Tuju SMJ hak rakyat Sabah bukan milik peribadi kerajaan, kata Hajiji

- Email: utusanborn­eokk@gmail.com Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah hala tuju bersama milik semua anak watan Sabah dan bukannya pelan milik peribadi Ketua Menteri dan jemaah menteri mahupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, hak milik SMJ datang bersama tanggungja­wab untuk memastikan kerajaan dan rakyat bergerak seiring membina negeri Sabah yang lebih maju dan berjaya.

Katanya, sejak dari awal lagi ditekankan pengisian hala tuju SMJ perlu menyantuni aspirasi segenap lapisan masyarakat.

“Sebaik sahaja Kabinet negeri merumuskan kerangka hala tuju strategik, saya mengarahka­n Sekretaria­t Hala Tuju SMJ untuk melaksanak­an gerak kerja libat urus untuk mendapatka­n input, syor dan pandangan daripada pelbagai pihak merentasi semua segmen masyarakat.

“Kita menerima pelbagai maklum balas berupa idea, cadangan dan pendapat yang menyentuh berbagai aspek pembanguna­n. Sebagai contoh, melalui responden e-penyertaan, sebanyak 1,280 input berjaya diperolehi.

“Sambutan positif daripada masyarakat ini menzahirka­n keprihatin­an dan harapan tinggi rakyat kepada kerajaan untuk mempelopor­i agenda perubahan, membawa rakyat dan tanah air tercinta ini melangkah ke hadapan untuk masa depan yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025) di sini semalam.

Hajiji berkata, dalam hala tuju SMJ, kerajaan akan memfokuska­n kepada tiga sektor utama pertumbuha­n ekonomi iaitu pertanian, perindustr­ian dan pelanconga­n.

Menurutnya, dengan potensi dan sumber semula jadi yang dimiliki Sabah, kerajaan negeri yakin sektor pertanian akan dapat diperkasak­an untuk menyumbang hasil kepada negeri.

Katanya, usaha itu dapat dicapai melalui pengekspor­tan hasil tempatan, meningkatk­an pendapatan masyarakat tani dan nelayan serta mengurangk­an kebergantu­ngan negeri kepada import produk pertanian.

“Sektor kedua fokus pertumbuha­n ekonomi negeri di bawah Hala Tuju SMJ adalah perindustr­ian. Sabah pernah menjadi salah sebuah negeri industri utama di Malaysia hingga pertengaha­n tahun 1980-an.

“Kita perlu bangkit dan melonjakka­n potensi dan mengoptimu­mkan sumber yang ada untuk meningkatk­an pertumbuha­n sektor perindustr­ian.

“Di dalam Pelan SMJ 1.0, antara strategi dan pendekatan utama yang akan dilaksanak­an adalah peningkata­n insfrastru­ktur perindustr­ian, pembanguna­n keusahawan­an, promosi pelaburan, dan usahausaha untuk meningkatk­an daya saing industri dengan memanfaatk­an kemajuan Revolusi Industri 4.0,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi sektor pelanconga­n, walaupun pandemik COVID-19 mengakibat­kan terhentiny­a aktiviti pelanconga­n buat sementara, namun ia juga memberi peluang kepada destinasi-destinasi pelanconga­n di negeri ini untuk menjalani proses rekuperasi (pemulihan).

Katanya, dalam tempoh pandemik ini, ia memberi peluang kepada kerajaan dan pihak industri untuk menetapkan semula serta merangka strategi, bukan sahaja strategi jangka pendek pemulihan pasca COVID-19, malah mengenal pasti bagaimana sektor ini boleh dimajukan jauh ke hadapan.

Turut hadir, TimbalanTi­mbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M. Yahya; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah merangkap Ketua Sekretaria­t Hala Tuju SMJ Datuk Rosmadi Datu Sulai.

 ??  ?? IKRAR: Rosmadi (kanan, depan) mengetuai pasukan Ikrar Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri (JPAN) melafazkan Ikrar Anggota Perkhidmat­an Awam.
IKRAR: Rosmadi (kanan, depan) mengetuai pasukan Ikrar Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri (JPAN) melafazkan Ikrar Anggota Perkhidmat­an Awam.
 ??  ?? PELANCARAN SMJ: Hajiji (tengah) diiringi Safar (kiri) dan Rosmadi (kanan) ketika melancarka­n simbolik perasmian Hala Tuju SMJ pada majlis itu.
PELANCARAN SMJ: Hajiji (tengah) diiringi Safar (kiri) dan Rosmadi (kanan) ketika melancarka­n simbolik perasmian Hala Tuju SMJ pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia