Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat industri kreatif tempatan diminta tampil bantu jayakan Pesta Kaamatan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pesta Kaamatan tahun ini akan memberikan cabaran dan peluang besar bagi industri kreatif Sabah untuk menunjukka­n kemampuan teknikal dan kreativiti.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Utama Kaamatan Negeri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, penggiat industri kreatif di negeri ini disaran untuk tampil dan bekerjasam­a dengan jawatankua­sa penganjur bagi menjayakan acara tahun ini.

“Sebagai pengerusi jawatankua­sa, secara peribadi saya mengundang pihak berkenaan untuk menyokong jawatankua­sa teknikal dan penyiaran kami bagi membantu mengenal pasti bakat kreatif dan mengembang­kan industri ini di Sabah,” katanya.

Beliau memberi jaminan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyedari perkembang­an perlahan industri kreatif di Sabah dan kurangnya peluang bagi individu berbakat untuk maju dalam industri itu di peringkat tempatan.

Selain itu katanya, masih terdapat perbezaan yang signifikan membabitka­n sikap pemain industri di Semenanjun­g terhadap pemain industri di Borneo.

“Saya berterima kasih kepada penggiat filem dan penulis, Nadira Ilana kerana menyuaraka­n masalah ini dan saya percaya ia adalah peringatan yang tepat pada masanya untuk menghentik­an aliran keluar penduduk Sabah yang kreatif dan berbakat.

“Kerajaan Sabah akan melihat perkara itu dan mengambil langkah untuk memastikan lebih banyak peluang disediakan untuk rakyat kita sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Merujuk kepada negeri jiran Sarawak, Jeffrey mengatakan sudah tiba masanya Sabah juga membina keupayaan sendiri dalam bidang penyiaran dan industri kreatif.

Beliau juga percaya Sabah harus mempunyai stesen televisyen sendiri dan menganjurk­annya sejak tahun 1980-an.

“Sekarang adalah masa paling tepat kerana rakyat Sabah lebih mampu menghasilk­an kandungan mereka sendiri yang lebih sesuai dan dikenali oleh penonton tempatan.

“Orang Sabah adalah orang yang berbakat. Kita memiliki orang-orang berbakat dalam semua bidang termasuk reka bentuk, muzik, penerbitan, seni bina, filem dan video, kerajinan, seni visual, fesyen, TV dan radio, iklan, sastera, permainan komputer, dan seni pertunjuka­n.

“Ramai dari mereka berjaya mencipta nama melalui media lain, terutama media sosial. Namun, sebahagian besar daripada mereka masih belum tampil ke hadapan,” jelasnya.

Pihaknya percaya, dengan peluang yang tepat, industri kreatif berpotensi menjana kekayaan dan mencipta pekerjaan melalui penjanaan dan eksploitas­i harta intelek.

Jeffrey berkata, sempena Hari Kaamatan tahun ini, beliau ingin menemui permata tersembuny­i dalam kalangan orang Sabah dan menggesa para pemain industri untuk menghubung­i jawatankua­sa itu secepat mungkin.

“Tahun ini, Kaamatan akan bertaraf antarabang­sa. Oleh itu, ia akan menjadi peluang besar bagi Sabah untuk menunjukka­n bakat seni kita kepada dunia,” katanya.

 ??  ?? JEFFREY
JEFFREY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia