Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Petronas ringankan beban 1,600 murid di Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,600 murid daripada keluarga berpendapa­tan rendah di negeri ini, menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Yayasan Petronas sempena program ‘Kembali Ke Sekolah’ 2021.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, sumbangan berbentuk kelengkapa­n sekolah dan kit kebersihan diri itu, diharap dapat membantu mencegah penularan COVID-19.

“Setiap murid menerima sumbangan dua pasang seragam sekolah, topi, kasut sekolah, stokin, beg galas dan sebuah botol minuman serta keperluan pembelajar­an, terdiri daripada set alat tulis dan buku nota.

“Selain itu, setiap murid juga menerima sumbangan kit kebersihan diri seperti dua helai pelitup muka tiga lapisan (boleh digunakan semula), dua helai tuala muka dan sekotak sabun kertas,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan itu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Mohd Shariff Abdul Latif di sini.

Daripada 1,600 murid itu, 250 orang adalah murid di Kuala Terengganu, Besut (250), Dungun (220), Hulu Terengganu (220), Kemaman (213), Setiu (185), Marang (132) dan Kuala Nerus (130).

Mengulas lanjut Che Ahmad Tarmizi berkata, sejak mula dilancarka­n pada tahun 2003, program Petronas-Kembali Ke Sekolah terus komited dengan matlamatny­a meringanka­n bebanan golongan berpendapa­tan rendah, di dalam bidang pendidikan di negara ini.

“Selain itu, Petronas juga berusaha memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM). Sehubungan itu, semua 1,600 murid tersebut juga dibekalkan dengan set buku kerja kaedah pembelajar­an STEM yang praktikal dan menyeronok­kan,” katanya.

Sementara itu di KOTA BHARU, Che Ahmad Tarmizi berkata yayasan tersebut memperuntu­kkan RM676,000 bagi membantu 2,600 pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah di Kelantan.

Katanya mereka melibatkan pelajar di Kota Bharu (1,127), Tumpat (634), Gua Musang (628) dan Jeli (211).

Setiap murid menerima antaranya dua pasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah serta stoking dan keperluan pembelajar­an terdiri daripada set alat tulis serta buku nota, katanya dalam kenyataan.

Sumbangan itu diserahkan Che Ahmad Tarmizi kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu majlis ringkas di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dekat sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia