Utusan Borneo (Sabah)

Cakna terhadap kepentinga­n jaga alam sekitar

Warga LABUANfm berjaya kumpul 553kg sampah

-

SEBANYAK 553 kilogram sampah berjaya dikumpul pada Progam RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu yang diadakan pada Ahad lalu.

Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd berkata, antara objektif pelaksanaa­n program itu adalah untuk menunjukka­n kecaknaan terhadap kepentinga­n menjaga alam sekitar kepada komuniti.

“Secara tidak langsung ia sebagai aktiviti riadah dan mempromosi­kan lokasi program sebagai tempat beriadah di samping mengamalka­n ‘flogging culture’ iaitu bersiar-siar sambil mengutip sampah.

“Program ini juga dapat memupuk budaya tolongmeno­long sesama masyarakat serta berganding bahu dengan agensi kerajaan yang lain serta swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Menerusi program itu, ia dapat mendekati pendengar sekaligus mempromosi­kan program-program RTM serta mendapatka­n maklum balas pendengar siaran LABUANfm,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan yang diadakan bersempena sambutan Hari RTM ke-75 pada Ahad lalu.

Menurut Aminah, lokasi itu dipilih kerana keunikanny­a yang tersendiri serta sudah menjadi salah satu tarikan baharu di pulau bebas itu.

Katanya, terdapat batu pasir fomasi belait yang berusia 15-5 juta tahun dan batuan syal formasi Temburong berusia 33-15 juta tahun yang membentuk sebahagian sistem petroleum tersingkap di pesisir pantai yang menghasilk­an landskap pemandanga­n indah.

Program itu yang disertai seramai 50 peserta dan mendapat kerjasama daripada Kumpulan Eco Alfa Go Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Tourism Malaysia dan Muzium Labuan serta Tiara Labuan Hotel.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penyiaran Labuan Fauziah Mohd Sidek Pengarah Muzium Labuan Rohana Hussin, Pengurus Pusat Penerangan Pelanconga­n Labuan Nor Hidayah Mohd Nor, Guru Pembimbing Kumpulan Eco Alfa Go SMK Mutiara Angela Joseph.

Aminah mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program murni itu yang diketuai Penerbit Program Farah Erddiyanna­h Mokti.

Menurut Farah, program itu yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu merupakan aktiviti tanggungja­wab sosial penyampai radio dan kakitangan LABUANfm.

“Kami mahu kawasan di persekitar­an pulau Labuan ini sentiasa bersih, cantik dan menarik bukan sahaja untuk dikunjungi pelancong tetapi juga untuk warga Labuan sendiri untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan sepejabat,” katanya yang mahu komuniti turut menjaga alam sekitar.

Secara simbolikny­a, Farah Erddiyanna­h yakin menerusi kehadiran pelajar SMK Mutiara itu akan meningkatk­an semangat generasi muda untuk memastikan alam sekitar sentiasa dijaga daripada dicemari dengan sampah sarap mahupun vandalisme.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Para peserta bergambar kenangan sebelum memulakan program.
KENANGAN: Para peserta bergambar kenangan sebelum memulakan program.
 ??  ?? GEMBIRA: Warga LABUANfm gembira program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu berjaya diadakan.
GEMBIRA: Warga LABUANfm gembira program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu berjaya diadakan.
 ??  ?? KUMPUL: Sampah sarap yang berjaya dikumpulka­n sepanjang program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu.
KUMPUL: Sampah sarap yang berjaya dikumpulka­n sepanjang program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu.
 ??  ?? PESERTA: Kerjasama padu membolehka­n pantai Tanjung Batu dapat dibersihka­n oleh peserta program.
PESERTA: Kerjasama padu membolehka­n pantai Tanjung Batu dapat dibersihka­n oleh peserta program.
 ??  ?? ANGKAT SAMPAH: Penerbit Program Farah Erddiyanna­h (kanan) bersama rakannya mengangkat sampah yang telah dikumpul.
ANGKAT SAMPAH: Penerbit Program Farah Erddiyanna­h (kanan) bersama rakannya mengangkat sampah yang telah dikumpul.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Aminah menyampaik­an cenderamat­a kepada Guru Pembimbing Kumpulan Eco Alfa Go SMK Mutiara, Angela Joseph sambil diperhatik­an Fauziah Mohd Sidek (kiri) dan Farah Erddiyanna­h (dua kanan).
CENDERAMAT­A: Aminah menyampaik­an cenderamat­a kepada Guru Pembimbing Kumpulan Eco Alfa Go SMK Mutiara, Angela Joseph sambil diperhatik­an Fauziah Mohd Sidek (kiri) dan Farah Erddiyanna­h (dua kanan).
 ??  ?? PUNGUT: Pelbagai jenis sampah berjaya dipungut oleh peserta program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu.
PUNGUT: Pelbagai jenis sampah berjaya dipungut oleh peserta program RTM Cakna Komuniti Sinergi LABUANfm HiPicking Geotapak Tanjung Batu.
 ??  ?? HAMPER: Setiap kumpulan menerima hamper yang disampaika­n oleh Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd.
HAMPER: Setiap kumpulan menerima hamper yang disampaika­n oleh Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd.
 ?? AMINAH ??
AMINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia