Utusan Borneo (Sabah)

JHEWA tawar khidmat guaman percuma

-

KUDAT: Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) menawarkan perkhidmat­an bantuan guaman kepada wanita yang memerlukan nasihat atau bantuan guaman secara percuma.

Pengarahny­a Rusnah Kuyung berkata, perkhidmat­an di bawah Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) ini akan membantu wanita dalam menyelesai­kan kes berkaitan kekeluarga­an syariah, sivil dan adat negeri.

“JHEWA menerima banyak permohonan bagi mendapatka­n khidmat berkenaan dan kebanyakan permohonan adalah melibatkan kes kekeluarga­an.

“Khidmat bantuan ini juga tidak terhad kepada wanita, malah turut terbuka untuk golongan lelaki.

Setakat ini, pusat bantuan guaman tersebut beroperasi di Wisma Wanita di Kota Kinabalu, namun JHEWA turut menyediaka­n Klinik Bantuan Guaman secara bergerak di setiap lokasi program yang dianjurkan oleh JHEWA,” katanya dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2021 Peringkat Daerah Kudat, pada Sabtu.

Tambahnya, beberapa jenis perkhidmat­an lain turut disediakan membuktika­n JHEWA terus komited membantu golongan wanita ke arah kecemerlan­gan dan kesejahter­aan.

“Antaranya, Rumah Perlindung­an Wanita (RUPAWAN) sementara khusus untuk wanita berumur 18 tahun ke atas dan pelbagai kursus kemahiran kepada ibu tunggal dan wanita B40.

“Diharap dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh JHEWA akan dapat membantu golongan wanita untuk terus bersedia dalam mendepani pelbagai cabaran seiring dengan tema Hari Wanita Antarabang­sa tahun ini iaitu, ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’,” katanya.

Sambutan yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Perkhidmat­an Awam (PUSPANITA) cawangan Sabah diadakan meriah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan pengisian seperti Pertanding­an Bunga Keladi dan Pertanding­an Tart Keju.

Sementara itu, sesi ceramah bertajuk ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’ juga diadakan menampilka­n Pensyarah Universiti Teknologi MARA cawangan Sabah Dr Imelda Albert Gisip sebagai penceramah jemputan.

Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA cawangan Sabah Datin Seri Panglima Nuinda Alias. — Penerangan

 ??  ?? TERTARIK: Nuinda (tengah) bersama Rusnah (kiri) tertarik melihat keladi yang dipertandi­ngkan.
TERTARIK: Nuinda (tengah) bersama Rusnah (kiri) tertarik melihat keladi yang dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia