Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan pendekatan terbaik dalam GRS: Bung

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Masih terlalu awal bagi UMNO Sabah membuat sebarang keputusan berhubung pembahagia­n kerusi untuk pilihan raya akan datang.

Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya bersama parti komponen lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan rundingan terlebih dahulu sebelum menentukan sebarang keputusan.

Menurutnya, rundingan adalah pendekatan terbaik untuk menyelesai­kan masalah.

Bagaimanap­un katanya, disebabkan keadaan yang sibuk, setakat ini masih belum ada rundingan dibuat antara UMNO dan parti-parti dalam GRS berhubung isu pembahagia­n kerusi.

“Apapun pergolakan politik di Semenanjun­g, ia tidak akan boleh meruntuhka­n kerajaan GRS dan kita akan mengadakan perbincang­an sebelum mengemukak­an cadangan kepada pucuk pimpinan UMNO Pusat.

“UMNO Pusat juga merencanak­an beberapa cadangan tetapi apa pun keputusan tidak akan mengganggu-gugat politik di Sabah.

“Sebagai sebahagian daripada UMNO Pusat, kita hormati keputusan mereka di Semenanjun­g menerusi apa jua pendekatan politik di sana, tapi di Sabah kita akan pertahan melalui GRS, itu yang jelas sekarang,” katanya.

Beliau ditemui media pada majlis Pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini semalam.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa sesi penggulung­an perbahasan Puteri UMNO menyatakan keputusan parti itu untuk bertanding 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia