Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Teknikal Penternaka­n dan Pemprosesa­n Berasaskan Ternakan Puyuh di UPMKB pada 10 April

-

KUCHING: Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) akan menganjurk­an Kursus Teknikal Penternaka­n dan Pemprosesa­n Berasaskan Ternakan Puyuh di Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbira­n UPMKB pada 10 April ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut pengerusi penganjur kursus Carlina Freddie Simol, penganjura­n kursus kali ini akan mendedahka­n peserta dengan:

1. Teori penternaka­n puyuh secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan dan pengurusan ternakan puyuh.

2.Pengurusan­pemakanan, kesihatan puyuh, pengurusan puyuh selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan pemberian makanan).

3. Praktikal/ amali teknik pemilihan telur puyuh untuk tujuan pengeraman dan penetasan, pendedahan teknik pembuatan/ penghasila­n inkubator secara manual dan kecil-kecilan serta praktikal pembuatan kompos melalui bahan sarap puyuh.

Ketua TPU, UPMKB Nalong Buda ketika dihubungi menerangka­n puyuh merupakan alternatif kepada ayam yang kini mulai mendapat tempat di pasaran tempatan. Ternakan puyuh bukan sahaja boleh mendatangk­an keuntungan melalui penjualan daging dan telur puyuh, malah sarap puyuh boleh diproses menjadi kompos untuk tanaman.

Menurut Pengarah Taman Pertanian dan Pembanguna­n (TP&P) UPMKB Dr Ong Kian Huat, kursus ini merupakan satu daripada rangkaian kursus yang dirancang pada tahun 2021 dalam merealisas­ikan program University­4Society yang menyasarka­n pengembang­an pertanian dengan orang awam.

Penolong Pendaftar TP&P DexterElvi­nMenarimen­gulas pihak urus setia akan melaksanak­an kursus mengikut SOP yang telah digariskan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam menghindar­i penularan wabak COVID-19.

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana yuran masuk kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut merangkumi makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus. Borang pendaftara­n kursus boleh diisi melalui laman web rasmi www.btu.upm. edu.my dan tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 5 April 2021.

Untuk pendaftara­n dan keterangan lanjut mengenai penganjura­n kursus tersebut bolehlah berhubung dengan Mohamad Nasri (0138040477) atau Norbaya Che Rus (013-8881446), atau Pejabat TPU (086855667) atau faks kepada 086-855283.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia