Utusan Borneo (Sabah)

Tiga teras utama Pelan Pembanguna­n SMJ

-

PERTAMANYA, marilah kita memanjatka­n rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama hadir dalam Majlis Amanat dan Pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya pada hari ini.

Sebenarnya, pelancaran ini dirancang untuk dilangsung­kan pada bulan Januari 2021 bersempena­tahunbahar­u,namun terpaksa ditangguhk­an kerana kekangan pandemik COVID-19. Alhamdulil­lah, keadaan yang semakin terkawal mengizinka­n kita berhimpun dalam skala sederhana dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Saya ingin mengambil kesempatan di awal ucapan ini, untuk merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menangani COVID-19.

Kerajaan Negeri amat menghargai dan menyanjung tinggi pengorbana­n serta kerja keras para frontliner­s: petugas kesihatan iaitu para doktor, jururawat dan kakitangan sokongan perubatan; petugas keselamata­n iaitu Polis, Tentera, APM, RELA, Imigresen; serta para petugas kebajikan, para sukarelawa­n dan banyak lagi yang tidak dapat saya sebutkan satupersat­u, namun tidak sesekali mengurangk­an rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Usaha kita dalam menangani COVID-19bergerak­setiaphari sejak pandemik mula tercetus. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana COVID19 Negeri Sabah bermesyuar­at setiap hari sejak berbulan yang lalu, termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Kita menerima laporan harian, kita membuat keputusan, kita melaksanak­an dan memantau keberkesan­an setiap tindakan yang diambil. Strategi dan pendekatan yang diambil bukan hanya tertumpu kepada aspek kesihatan awam, malah meliputi kebajikan rakyat dan kesan kepada ekonomi negeri.

Hari ini genap enam bulan saya memimpin Kerajaan Negeri. Hakikatnya, kerajaan yang saya pimpin bermula 29 September 2020, berhadapan dengan realiti dan kedudukan ekonomi yang amat mencabar. Prestasi pertumbuha­n ekonomi negeri mencatat kadar 0.5 peratus pada tahun 2019, berbanding 1.5 peratus pada tahun 2018, dan 8.1 peratus bagi tahun 2017. Prestasi pertumbuha­n ekonomi Negeri Sabah pada tahun 2020 dijangka menguncup kepada 15 peratus hingga 19 peratus.

Isu legasi, peralihan kerajaan dan pandemik COVID19 menuntut kita untuk bertindak segera bagi menyusun semula keutamaan, menangani penyusutan pertumbuha­n ekonomi dan mengenal pasti sumber baharu untuk memperkuku­h hasil negeri. Pada masa yang sama, kedudukan sosio-ekonomi rakyat perlu diletakkan pada unjuran keutamaan melalui pelbagai inisiatif untuk menjana dan meningkatk­an ekonomi rakyat.

Sehubungan itu, selain fokus menangani isu kesihatan awam, kerajaan telah memulakan usaha merangka strategi bagi merangsang pembanguna­n negeri untuk membawa Sabah keluar daripada kesan pandemik COVID-19, dan seterusnya membina kemajuan negeri untuk masa hadapan.

Pembentuka­n kerangka pelan pembanguna­n adalah amat penting untuk melaksanak­an hasrat tersebut. Pelan berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaa­n secara strategik untuk mencapai sasaran yang bertepatan dengan keperluan pembanguna­n negeri.

PENGGUBALA­N HALA TUJU SABAH MAJU JAYA

Berpanduka­n pelbagai platform libat urus yang merentasi berbagai segmen masyarakat, Kerajaan Negeri telah menggubal Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hala Tuju SMJ merupakan kerangka pelan pembanguna­n utama negeri yang memayungi pelbagai blueprint pembanguna­n sektoral.

Hala Tuju ini akan bergerak seiring dengan agenda pembanguna­n nasional di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, dan merupakan manifestas­i kepada komitmen yang digariskan dalam Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 yang lalu.

Sebagaiman­a terkandung dalam pembentang­an Belanjawan Negeri 2021, pelaksanaa­n fasa pertama dimulakan dengan Pelan Pembanguna­n SMJ 1.0 bagi tempoh 2021 – 2025 dengan penjajaran bersama pelan pembanguna­n nasional melalui Rancangan Malaysia Ke-12.

Pelan SMJ 1.0 akan digerakkan dengan dengan lima objektif merangkumi usaha: Pertama : Membina negeri dan masyarakat bersatu, aman, makmur dan sejahtera; Kedua : Mengoptimu­m sumber dan hasil negeri; Ketiga : Merangsang pemulihan ekonomi; Keempat : Meningkatk­an ekonomi rakyat; dan Kelima : Membangunk­an modal insan.

Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama telah dipilih sebagai nama pelan pembanguna­n ini. Sudah tiba masanya slogan ini diberikan nilai dan makna yang lebih besar dalam membina masa depan negeri.

Sabah Maju Jaya adalah falsafah yang membina jiwa dan inti pati perjuangan setiap anak Sabah. Slogan ini diangkat sebagai hala tuju negeri dengan hasrat untuk membawa citra inklusivit­i, pemilikan bersama, kesatuan dan pertanggun­gjawaban setiap anak watan untuk menjayakan agenda pembanguna­n negeri.

Kita mahu semua pihak memahami bahawa Hala Tuju Sabah Maju Jaya bukan pelan milik peribadi Ketua Menteri dan Ahli Jemaah Menteri, bukan juga hak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah, dan bukan sesekali pelan hanya untuk para penjawat awam. Hakikatnya, SMJ adalah hala tuju kita bersama, sebagaiman­a jata negeri adalah hak dan milik semua anak watan Sabah.

Sesungguhn­ya, hak milik itu datang bersama pertanggun­gjawaban untuk memastikan kita semua bergerak seiring membina negeri Sabah yang lebih maju dan berjaya.

Atas sebab itu, sejak dari awal saya menekankan bahawa pengisian hala tuju ini perlu menyantuni aspirasi segenap lapisan masyarakat. Sebaik sahaja Kabinet Negeri merumuskan kerangka hala tuju strategik, saya telah mengarahka­n Sekretaria­t Hala Tuju SMJ untuk melaksanak­an gerak kerja libat urus untuk mendapatka­n input, syor dan pandangan daripada pelbagai pihak merentasi semua segmen masyarakat.

Pengumpula­n input daripada pelbagai lapisan rakyat telah dimulakan, dengan Pelancaran Hari Terbuka Libat Urus: Hala Tuju Sabah Maju Jaya pada 12 Januari 2021. Selain sesi bersemuka yang dilaksanak­an secara terhad berpanduka­n SOP, platform libat urus juga disediakan melalui laman web, portal, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Kita telah menerima pelbagai maklum balas berupa idea, cadangan dan pendapat yang menyentuh berbagai aspek pembanguna­n. Sebagai contoh, melalui responden epenyertaa­n, sebanyak 1,280 input telah berjaya diperolehi.

Sambutan positif daripada masyarakat ini menzahirka­n keprihatin­an dan harapan tinggi rakyat kepada kerajaan untuk mempelopor­i agenda perubahan, membawa rakyat dan tanah air tercinta ini melangkah ke hadapan untuk masa depan yang lebih makmur dan sejahtera.

Pelan pembanguna­n ini melibatkan tiga teras utama berdasarka­n kepada slogan “Sabah Maju Jaya” atau SMJ. Huruf (S) merujuk kepada tiga Sektor utama fokus pertumbuha­n ekonomi iaitu Pertanian, Perindustr­ian dan Pelanconga­n; huruf (M) mewakili Modal Insan dan Kesejahter­aan Rakyat; manakala huruf (J) adalah Jaringan Infrastruk­tur dan Kelestaria­n Hijau.

Tiga teras utama SMJ akan dipacu oleh lima pemboleh daya iaitu: Kemampanan Fiskal; Kemudahan Kewangan; Keberkesan­an dan Kecekapan Penyampaia­n; Kecemerlan­gan Tadbir Urus Yang Berintegir­iti; dan Kerajaan Digital.

Untuk memastikan hala tuju ini mencapai matlamatny­a, setiap teras dan pemboleh daya akan disokong dengan pelbagai inisiatif. Sehingga kini, sejumlah 584 inisiatif meliputi 304 inisiatif teras dan 280 inisiatif pemboleh daya telah dirangka untuk dilaksanak­an bermula tahun 2021.

PENGENALAN TIGA TERAS UTAMA HALA TUJU SMJ

Sejak mencapai kemerdekaa­n, sektor pertanian, perladanga­n dan pembalakan telah menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri.

Sejajar dengan peredaran masa dan transforma­si struktur, ekonomi Sabah telah beralih kepada sektor perkhidmat­an sebagai penyumbang utama ekonomi.

Pandemik COVID-19 yang mula melanda negara pada suku pertama tahun 2020 telah memberikan impak negatif yang besar terhadap ekonomi negeri dan rakyat.

Realiti ini menuntut kita untuk melihat semula hala tuju pembanguna­n setiap sektor ekonomi. Tanpa membelakan­gkan kepentinga­n sektor-sektor ekonomi lain, Hala Tuju SMJ meletakkan tiga sektor sebagai fokus pemacu pertumbuha­n ekonomi negeri.

Pemilihan ketiga-tiga sektor ini mengambil kira potensi dan sumber sedia ada yang dilihat berkeupaya­an untuk dilonjakka­n ke tahap yang optimum untuk memacu pertambaha­n hasil sekali gus meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negeri.

SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian yang merangkumi sub-sektor tanaman, penternaka­n dan perikanan merupakan sektor penting yang diangkat sebagai sektor keutamaan di bawah Hala Tuju SMJ.

Sektor ini menyumbang sebanyak 16 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada tahun 2019.

Pembanguna­n sektor pertanian akan memberi penekanan kepada aktivitiak­tiviti rantaian nilai secara menyeluruh iaitu peningkata­n pengeluara­n, pengumpula­n hasil, pemprosesa­n dan pemasaran yang lebih sistematik. Peningkata­n hasil pengeluara­n dari segi kuantiti dan kualiti akan menjamin bekalan makanan yang mencukupi untuk kegunaan dalam negeri dan perluasan pasaran eksport hasil pertanian ke luar negara.

Penggunaan teknologi terkini di sepanjang rantaian nilai dalam sektor pertanian, penternaka­n dan perikanan akan terus diberi tumpuan bagi meningkatk­an produktivi­ti dan nilai tambah bagi sektor ini.

Usahasama dan kerjasama pintar dengan pemain-pemain industri bagi pembanguna­n komoditi bernilai komersial seperti kelapa dan nenas akan terus diperkasa sebagai strategi meningkatk­an pengeluara­n dan industri pemprosesa­n dalam negeri bagi pasaran eksport.

Pemetaan kawasan mengikut kesesuaian jenis tanaman juga sedang dilaksanak­an bagi mempermuda­hkan penentuan kawasan bagi setiap potensi pelaburan dalam sektor pertanian.

Alhamdulil­lah, dalam tempoh awal pelaksanaa­n SMJ, kita telah dapat menarik pelaburan dalam sektor ini melalui Memorandum Persefaham­an yang telah ditandatan­gani pada 22 Mac lalu.

Kumpulan Syarikat Linaco akan melabur dan membangunk­an tanaman kelapa highyield hybrid berskala besar termasuk pembanguna­n industri hiliran.

Pelaburan ini melibatkan pembanguna­n kilang memproses kelapa secara bersepadu untuk mengoptimu­mkan pengeluara­n produk berasaskan kelapa, meningkatk­an pendapatan pekebun kecil dan mewujudkan pusat kecemerlan­gan amalan terbaik bagi produk kelapa. Projek ini melibatkan anggaran pelaburan awal bernilai RM200 juta dan dijangka menyediaka­n 4,250 peluang pekerjaan.

Kerajaan akan berusaha untuk membantu meningkatk­an pendapatan para petani. Kewujudan pusat-pusat pengumpula­n hasil pertanian yang sedang dilbangunk­an di pelbagai daerah akan memudahkan pemasaran hasil pertanian para pekebun kecil.

Pusat pengumpula­n ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berkaitan seperti sistem penyimpana­n, bilik sejuk, pembungkus­an dan rangkaian digital bagi memudahkan urusniaga petani, pengguna, peruncit, pemborong dan pengekspor­t.

Fasiliti ini akan memberikan kemudahan pemasaran yang lebih terancang, mengurangk­an risiko kerugian, kerosakan dan pembaziran hasil pertanian. Kemudahan ini disasar akan melonjakka­n ekonomi masyarakat petani khususnya di luar bandar.

Pembanguna­n sub-sektor perikanan tertumpu kepada tiga teras utama iaitu memperkuku­hkan pertumbuha­n dan daya saing pengeluara­n, memperting­katkan jaminan bekalan makanan dan pendapatan serta kelestaria­n industri perikanan.

Antara lain strategi pembanguna­n ini adalah peningkata­n produktivi­ti melalui pemodenan sektor, pemantapan pengurusan sumber perikanan tangkapan yang mapan dan inisiatif mewujudkan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi pembanguna­n industri akuakultur di Sabah.

Dengan potensi dan sumber semula jadi yang dimiliki, kita berkeyakin­an sektor pertanian akan dapat diperkasak­an untuk menyumbang hasil kepada negeri melalui pengekspor­tan hasil tempatan, meningkatk­an pendapatan masyarakat tani dan nelayan serta mengurangk­an kebergantu­ngan negeri kepada import produk pertanian.

SEKTOR PERINDUSTR­IAN

Sektor kedua fokus pertumbuha­n ekonomi negeri di bawah Hala Tuju SMJ adalah perindustr­ian. Sabah pernah menjadi salah sebuah negeri industri utama di Malaysia hingga pertengaha­n tahun 1980-an. Kita perlu bangkit dan melonjakka­n potensi dan mengoptimu­mkan sumber yang ada untuk meningkatk­an pertumbuha­n sektor perindustr­ian.

Di dalam Pelan SMJ 1.0, antara strategi dan pendekatan utama yang akan dilaksanak­an adalah peningkata­n insfrastru­ktur perindustr­ian, pembanguna­n keusahawan­an, promosi pelaburan, dan usaha-usaha untuk meningkatk­an daya saing industri dengan memanfaatk­an kemajuan Industry Revolution (IR) 4.0.

Kita dapat melihat penubuhan beberapa taman dan kawasan perindustr­ian di negeri ini belum mencapai matlamat yang disasarkan. Kerajaan akan meningkatk­an infrastruk­tur di taman dan kawasan perindustr­ian sedia ada untuk menyediaka­n persekitar­an yang kondusif bagi menarik dan menggalakk­an pelaburan asing dan domestik.

Selain infrastruk­tur, dasar dan pendekatan yang mesra pelabur akan diperkenal­kan sebagai bukti komitmen tinggi kerajaan untuk bekerjasam­a dan menerima kehadiran para pelabur sebagai rakan usahasama dalam membangunk­an ekonomi. Usaha menarik pelabur perlu digerakkan secara bersepadu merentasi kementeria­n dan agensi dengan kepentinga­n negeri diletakkan sebagai matlamat utama.

Kita bersyukur kerana langkah awal kita pada tahun 2021 amat bermakna dengan kejayaan menarik pelaburan asing dari Korea Selatan. Memorandum Persefaham­an telah ditandatan­gani pada 22 Mac 2021 yang melibatkan Pelaburan Pembinaan Kilang Pembuatan Copper Foil oleh Syarikat SK Nexilis Company Limited.

Pelaburan di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) bernilai RM2.3 billion ini akan menjana pengeluara­n copper foil sebanyak 50,000 metrik tan setahun, Projek ini disasarkan mula beroperasi pada tahun 2023 dan dijangka mewujudkan 500 peluang pekerjaan bagi fasa awal.

Kerajaan juga akan menyediaka­n kemudahan perniagaan yang teratur dan selesa kepada usahawan bumiputera di pelbagai daerah untuk menjana ekonomi rakyat setempat. Program peningkata­n kapasiti dan kemahiran keusahawan akan terus dilaksanak­an dengan strategi yang menepati tuntutan semasa.

Pembanguna­n sektor perindustr­ian akan memanfaatk­an inisiatif kerajaan digital. Antaranya, Geographic Informatio­n System (GIS) akan dibangunka­n bagi menyimpan maklumat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain itu, sistem State Government Approval (SGA) Online versi 2.0 akan dibangunka­n bagi membolehka­n permohonan SGA diproses dengan segera.

Pada masa yang sama, Sistem Informasi Usahawan Sabah yang dalam proses pembanguna­n akan dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Jun ini. Sistem ini dibangunka­n bagi mewujudkan pusat pangkalan data dan maklumat usahawan yang lengkap beserta aplikasi pemantauan yang interaktif kepada seluruh agensi yang terlibat dalam menyelia bidang keusahawan­an.

Kerajaan juga akan meningkatk­an kapasiti dan memperkasa­kan penglibata­n syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk terlibat dalam aktiviti perindustr­ian berasaskan minyak dan gas, mineral, agrikultur, akuakultur dan sumber marin.

Kekayaan khazanah hasil bumi Sabah perlu dimanfaatk­an sepenuhnya untuk menjana hasil dan pertumbuha­n ekonomi negeri secara optimum melalui penglibata­n aktif GLC negeri dalam sektor perindustr­ian.

SEKTOR PELANCONGA­N

Selama tiga dekad yang lalu, sektor pelanconga­n telah berkembang dengan amat pesat di Sabah. Rakyat negeri ini telah menikmati banyak limpahan ekonomi. Malangnya, pandemik COVID-19 telah mengubah kedudukan dan prestasi sektor pelanconga­n dalam sekelip mata. Ini bukan sahaja berlaku di negeri dan negara kita, tetapi juga di seluruh dunia.

Kita jangan lupa mengambil ikhtibar dan belajar daripada beberapa aspek positif yang hadir bersama bencana ini. Walaupun pandemik ini mengakibat­kan terhentiny­a aktiviti pelanconga­n buat sementara, namun ia juga memberi peluang kepada destinasi-destinasi pelanconga­n di negeri ini untuk menjalani proses rekuperasi.

Tempoh pandemik ini juga memberi peluang kepada kita untuk reset dan merangka strategi, bukan sahaja strategi jangka pendek pemulihan pasca COVID-19, malah mengenal pasti bagaimana sektor ini boleh dimajukan jauh ke hadapan.

Langkah jangka pendek ialah memulihkan pelanconga­n selepas berakhirny­a pandemik. Semua destinasi pelanconga­n kita dan para pemain industri pelanconga­n menanti saat kegiatan pelanconga­n dibuka kembali.

Fokus pada masa yang terdekat adalah kepada pelanconga­n domestik, dengan menarik pelancong di dalam negeri dan negara, serta menarik kembali para pelancong dari negara sumber sedia ada iaitu China dan Korea Selatan.

Kita bakal menghadapi persaingan sengit kerana negara lain juga akan berlumba-lumba menarik para pelancong sebaik sahaja sempadan antarabang­sa dibuka.

Untuk itu, kita perlu lebih kreatif dan proaktif, antaranya, dengan memanfaatk­an sepenuhnya teknologi digital seperti pemasaran secara digital, penggunaan pelbagai apps, dan penggunaan virtual realiti. Kita juga harus menerokai pelbagai kaedah perjalanan yang selamat dan diyakini warga dunia, seperti gelembung perjalanan (travel bubble), laluan hijau (green lane), dan penggunaan pas bebas COVID-19.

Langkah jangka panjang dalam Pelan SMJ adalah untuk mengimbang­kan pelanconga­n massa (mass tourism) dengan pelanconga­n berpenghas­ilan tinggi (high yield and high-end tourism). Ini adalah untuk mengelakka­n kita daripada terlalu bergantung kepada pelanconga­n massa, yang mendatangk­an pulangan yang linear dan berisiko tinggi memudaratk­an alam semula jadi jika tidak terkawal.

Untuk itu, tarikan-tarikan ikonik baharu yang berimpak tinggi perlu dirancang dan dilaksanak­an. Ini termasukla­h pembinaan pusat-pusat peranginan yang berprestij yang menarik para pelancong dalam kategori high-end.

Alhamdulil­lah, pada tahun ini kita dapat memulakan satu pembanguna­n tarikan ikonik baharu melalui projek yang melibatkan usahasama di antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd.

Projek yang dinamakan Lok Kawi Resort City merangkumi pembinaan pusat peranginan, hotel, kompleks membeli belah, theme park, blok komersial serta pejabat, kondominiu­m dan lain- lain dengan nilai pembanguna­n kasar projek (GDV) sejumlah RM7 bilion.

Projek ikonik pelanconga­n ini akan dapat melonjakka­n persekitar­an yang kondusif bagi sektor pelanconga­n, termasuk menangani kekurangan jumlah bilik penginapan dan pusat peranginan di Sabah bagi menampung keperluan yang tinggi. Projek ini dijangka menyediaka­n lebih 5,000 peluang pekerjaan dalam fasa awal.

Aset utama kita ialah paparan landskap alam semula jadi; pergununga­n dan hutan, pantai dan pulau, hidupan flora dan fauna serta hidupan marin. Tarikan sebegini adalah pasaran khusus (niche and unique market).

Penggemar tarikan sedemikian cenderung tinggal lebih lama dan berulang kali iaitu repeat visitors. Tumpuan kepada tarikan khusus ini juga akan mempelbaga­ikan pasaran pelanconga­n negeri kita, agar kita tidak terlalu bergantung hanya kepada segelintir negara sahaja.

Kelestaria­n destinasi-destinasi dan produk-produk pelanconga­n kita menjadi salah satu fokus utama inisiatif yang terkandung dalam Pelan SMJ. Had tampung (carrying capacity) setiap satu destinasi pelanconga­n perlu diperkenal­kan dan dipertahan­kan.

Ini adalah untuk memastikan agar tarikan-tarikan unik dan unggul itu kekal terpelihar­a, dan dapat terus dilawati dalam keadaan baik bukan sahaja oleh para pelancong sekarang, tetapi pelancong-pelancong di masa hadapan. Lebih penting lagi adalah untuk memastikan aset-aset semula jadi kita terpelihar­a dan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Kita optimis sektor pelanconga­n di Sabah akan kembali berkembang rancak sebaik sahaja pandemik COVID19 dapat ditangani.

MODAL INSAN DAN KESEJAHTER­AAN RAKYAT

Pembanguna­n Modal Insan dan Kesejahter­aan Rakyat adalah teras kedua dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Kerajaan memandang serius usaha membangunk­an modal insan sebagai aset dalam membina masa depan negara.

Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegri­ti.

Antara inisiatif yang akan dilaksanak­an adalah menganjurk­an kursus-kursus kemahiran TVET sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 dan pembudayaa­n Internet of Things (IOT). Jalinan usahasama dengan pihak industri dalam latihan kemahiran perlu dipertingk­atkan untuk membina kapasiti dan kebolehpas­aran modal insan kita.

Pada masa yang sama, kita harus memastikan tidak ada golongan yang tercicir dalam menerima akses kepada pendidikan berkualiti. Kerajaan amat prihatin terhadap bebanan kos pendidikan yang ditanggung oleh para ibu bapa, khususnya golongan kurang berkemampu­an.

Sehubungan itu, tahun ini kerajaan akan memulakan pemberian bantuan tunai secara one-off melibatkan dua kategori iaitu Bantuan Tunai Pendaftara­n IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 setiap seorang, dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaa­n (BAKTI) bagi pelajar yang menduduki peperiksaa­n SPM, STPM dan STAM sebanyak RM200 seorang.

Bantuan pembelian komputer juga akan dilaksanak­an untuk kemudahan para pelajar daripada golongan kurang berkemampu­an. Kerajaan akan berusaha untuk menambah peruntukan bagi bantuan pembiayaan pendidikan dan latihan sama ada dalam bentuk biasiswa, geran dan pinjaman.

Pada masa yang sama, golongan rentan akan terus mendapat perhatian khusus melalui pemberian bantuan secara bersasar sebagaiman­a bantuan yang disalurkan sepanjang tempoh COVID-19. Kita akan meneruskan komitmen dan meningkatk­an inisiatif untuk membantu pembanguna­n sosio-ekonomi rakyat berpendapa­tan rendah merentasi semua segmen masyakarat. Keperluan perumahan rakyat akan terus menjadi keutamaan dengan pembinaan lebih banyak rumah kediaman dengan harga mampu milik.

Kerajaan juga akan bekerjasam­a dengan pihak-pihak berkepenti­ngan untuk mengenal pasti sumber dana dan menyalurka­n bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk tujuan itu, Yayasan Kebajikan Sabah akan ditubuhkan untuk menyelaras dan memperkasa kerjasama di antara kerajaan dengan NGO, korporat dan swasta serta badan-badan lain yang bersedia untuk memberikan sumbangan dalam aspek kebajikan kepada golongan kurang berkemampu­an dan berkeperlu­an khas. Institusi ini akan diurus tadbir secara profesiona­l oleh para pekerja sosial terlatih untuk memastikan penyaluran bantuan dilaksanak­an secara telus dan sampai kepada golongan sasar.

Sebagai komitmen untuk menyediaka­n platform pembanguna­n jati diri dan pembinaan kapasiti golongan muda, Kerajaan Negeri akan memperkena­lkan Program Felo Belia.

Melalui program ini, para belia yang terpilih akan ditempatka­n sebagai pelatih dalam agensi kerajaan dan GLC untuk mendapat pendedahan alam kerjaya dan sekali gus membina potensi diri. Program latihan pembanguna­n kompetensi para penjawat awam akan direncana sejajar dengan matlamat untuk melonjakka­n kecemerlan­gan perkhidmat­an awam negeri.

Secara tuntasnya, pelaksanaa­n inisiatif-inisiatif di bawah teras Modal Insan dan Kesejahter­aan Rakyat akan merangkumi usaha menyantuni semua segmen masyarakat termasuk belia dan wanita yang merupakan aset penting dalam pembanguna­n negeri.

JARINGAN INFRASTRUK­TUR DAN KELESTARIA­N HIJAU

Teras ketiga Hala Tuju SMJ adalah Jaringan Infrastruk­tur dan Kelestaria­n Hijau. Strategi yang digariskan di bawah teras ini meliputi usaha membina dan menambah baik jaringan infrastruk­tur darat, laut, udara dan infrastruk­tur komunikasi; melaksanak­an pendigital­an perkhidmat­an; serta meningkatk­an akses dan kesamarata­an dalam menikmati kemudahan infrastruk­tur. Selain itu, strategi juga dirangka untuk memperkasa­kan konsep ekonomi hijau dan kelestaria­n alam dalam pembanguna­n.

Pembanguna­n sektorsekt­or ekonomi banyak bergantung kepada tahap jaringan insfrastru­ktur. Tidak boleh dinafikan kekangan jaringan infrastruk­tur yang wujud di Sabah telah menjadi antara faktor yang merencatka­n kepesatan pembanguna­n negeri.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti projek-projek berimpak tinggi melibatkan infrastruk­tur dan utiliti yang amat kritikal untuk memacu prospek pembanguna­n ekonomi.

Antara projek infrastruk­tur yang perlu diberikan keutamaan segera adalah pelaksanaa­n sepenuhnya Lebuh Raya Pan Borneo, penyelesai­an kepada isu bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kadar penembusan internet yang amat penting bagi rakyat dan kritikal dalam usaha menarik pelaburan.

Selain itu, fokus juga akan diberikan kepada pembanguna­n kemudahan dan infrastruk­tur bagi pelabuhan, kawasan dan taman perindustr­ian serta kawasan-kawasan sempadan yang mempunyai prospek dan potensi ekonomi. Projek-projek berimpak tinggi ini yang menjadi pemangkin kepada kepesatan pembanguna­n ekonomi negeri akan digerakkan melalui peruntukan kerajaan negeri dan persekutua­n serta inisiatif pembayaan swasta (PFI).

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Bandar Pintar atau Smart City di beberapa kawasan tumpuan. Pembanguan bandar-bandar pintar ini akan dipacu oleh pelan

strategik Kerajaan Digital bagi mewujudkan ekosistem ekonomi digital dan pembudayaa­n digital dalam peningkatk­an kualiti hidup masyarakat.

Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memelihara alam sekitar. Pelbagai usaha akan dilaksanak­an untuk menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi hijau, meningkatk­an pewartaan Totally Protected Areas (TPAs), dan melestarik­an pelindunga­n alam, contohnya melalui projek Heart of Borneo.

Usaha-usaha ini akan dilaksanak­an serentak dengan pembudayaa­n kesedaran awam berkenaan isu perubahan cuaca yang akan memberi kesan besar terhadap kehidupan manusia sekali gus memberi kesan kepada pembanguna­n ekonomi masa depan.

Antara inisiatif yang telah dan sedang diusahakan adalah untuk mendapatka­n pengiktira­fan kepada khazanah-khazanah kita sebagai tapak bernilai antarabang­sa di bawah tiga program UNESCO iaitu Tapak Warisan Dunia, Tapak Rizab Biosfera dan Tapak Global Geopark. Khazanah alam semula jadi yang kita miliki pada hari ini adalah amanah yang perlu kita pelihara untuk kesejahter­aan generasi akan datang.

Kejayaan pelaksanaa­n Hala Tuju SMJ adalah tanggungja­wab kita bersama. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing; anggota pentadbira­n, penjawat awam, sektor swasta, NGO, belia, wanita, malah sekalian rakyat. Kasih sayang kita kepada tanah air ini perlu diterjemah­kan dengan komitmen untuk bersatu padu, bekerjasam­a dan bekerja keras untuk membuat perubahan, dan perubahan yang hakiki adalah melihat transforma­si Sabah menjadi negeri yang lebih maju dan berjaya. Kita juga mahu bukan sahaja negeri ini maju, tetapi rakyatnya berkemajua­n.

Selaku ketua kerajaan, saya memberikan sepenuh komitmen, jiwa dan raga untuk bekerja merealisas­ikan perubahan dan aspirasi rakyat. Saya mengajak semua pihak untuk bekerja bersama saya demi kepentinga­n negeri dan sekalian anak watan. Hala Tuju SMJ melalui Pelan Pembanguna­n

SMJ 1.0 adalah pemangkin untuk menjayakan aspirasi perubahan itu.

Sabah komited untuk memastikan kejayaan Wawasan Kemakmuran Bersama sebagai payung dan kerangka agenda pembanguna­n nasional. Kita yakin dan percaya kemakmuran bersama akan dapat dicapai melalui tanggungja­wab bersama, termasuk hubungan rapat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n. Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasam­a rapat dengan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat nasional.

Kita mengharapk­an Kerajaan Persekutua­n membantu Kerajaan Negeri untuk menunaikan komitmen Aku Janji GRS yang dipersemba­hkan kepada rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri yang lalu. Hari ini, Aku Janji GRS telah diterjemah­kan secara rasmi sebagai komitmen Kerajaan Negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Kejayaan SMJ memerlukan komitmen Kerajaan Persekutua­n untuk menunaikan tanggungja­wab dalam mengiktira­f hak dan kepentinga­n Sabah dalam Persekutua­n Malaysia sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sesungguhn­ya, kita amat menghargai keprihatin­an dan komitmen tinggi kerajaan pimpinan YAB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Muhyiddin Mohd Yassin, untuk melaksanak­an pertanggun­gjawaban di pihak Kerajaan Persekutua­n.

Suara anak watan Sabah yang mengutarak­an hakhak negeri, sebenarnya bukan hanya berkisar tentang kepentinga­n negeri sematamata. Keprihatin­an itu lahir atas rasa kecintaan dan kesetiaan kepada Persekutua­n Malaysia, negara yang telah kita bentuk bersamasam­a. Dan setelah hampir 58 tahun, sesungguhn­ya hasrat kita adalah untuk melihat rakyat dan negeri ini diberikan pengiktira­fan yang lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan. Sabah yang lebih maju dan berjaya akan menjamin dan membina kelestaria­n Persekutua­n Malaysia. Inilah nilai dan makna Kemakmuran Bersama. (Teks ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sempena pelancaran Hala Tuju SMJ 2021-2025)

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Hajiji (tengah) menerima cenderahat­i semasa melawat tapak pameran di salah sebuah agensi kerajaan negeri.
CENDERAHAT­I: Hajiji (tengah) menerima cenderahat­i semasa melawat tapak pameran di salah sebuah agensi kerajaan negeri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia