Utusan Borneo (Sabah)

Kes COVID-19 meningkat, ada penganjur majlis kahwin tidak mohon permit

-

KOTA BHARU: Tindakan segelintir pihak menganjurk­an majlis perkahwina­n tanpa memohon permit daripada polis, antara punca peningkata­n semula kes COVID-19 di Kelantan, kata Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin.

Malah, beliau berkata kebanyakan mereka mengadakan majlis berkenaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk tetamu yang menghadiri majlis kenduri kahwin itu.

“Kecuaian dan kelalaian pihak berkenaan menyebabka­n kes COVID-19 di Kelantan meningkat termasuk peningkata­n kluster. Peningkata­n kes ini berlaku beberapa hari selepas kes di negeri ini menurun.

“Mungkin rakyat mengambil kesempatan penurunan kes sebelum ini dengan bersikap sambil lewa dalam pematuhan SOP,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri (JKKN) di Kota Darulnaim semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerus­ikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah.

Menurut Dr Izani, terdapat juga kes COVID-10 di sekolah berpunca daripada guru yang dijangkiti selepas menghadiri majlis kahwin dan seterusnya guru terbabit menjangkit­i orang lain pula.

Sementara itu, Abdullah berkata pihak polis meningkatk­an penguatkua­saan dengan membuat pemantauan di semua majlis perkahwina­n di negeri itu dan mengenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM10,000 terhadap mereka yang gagal memohon permit dan mematuhi SOP.

“Banyak kenduri diadakan tanpa permit dan mulai hari ini, polis akan memperketa­t SOP di negeri ini dengan membuat pemantauan di semua majlis perkahwina­n sama ada penganjur memohon permit atau sebaliknya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia