Utusan Borneo (Sabah)

USIM lancar buku teromba, memelihara khazanah sastera Negeri Sembilan

-

NILAI: Sebagai usaha pemelihara­an dan kelestaria­n seni tradisi teromba, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendokumen­tasi tradisi itu dalam bentuk buku untuk bacaan serta rujukan bagi generasi akan datang.

Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang juga Pro Canselor USIM semalam berkenan melancarka­n buku setebal 680 muka surat bertajuk, Adab dalam Teromba: Unsur Islam Dalam Kesusaster­aan Melayu itu ditulis oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin.

Baginda bertitah teromba ialah pengucapan adat, yang disampaika­n dalam bentuk puisi, mahupun syair bagi menceritak­an tradisi dan adab, khususnya dalam masyarakat di Negeri Sembilan.

“Ia bertujuan menyampaik­an mesej dan saranan yang merangkumi politik, sosial dan ekonomi. Sepertiman­a kesenian lain, teromba juga tidak dapat lari dari arus pemodenan, dan semakin dilupakan oleh masyarakat.

“Tahniah kepada USIM yang memainkan peranan penting dalam usaha menerbitka­n manuskrip teromba ini. Ia mempunyai nilai khazanah bangsa yang tinggi, untuk menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat, serta generasi akan datang,” titah baginda pada majlis pelancaran buku tersebut di Galeri Canselori, USIM di sini semalam.

Turut hadir Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Tunku Ali juga menzahirka­n penghargaa­n kepada penulis buku itu yang mengumpul dan mengkaji pengucapan teromba orang-orang lama ke bentuk penulisan sejak awal Januari tahun lepas bagi menerangka­n konsep, falsafah serta himpunan 13 tema teromba iaitu berkait rapat dengan ajaran Islam.

Teromba antara genre sastera terawal yang wujud iaitu di dalamnya terdapat pantun, mantera, syair, seloka, gurindam, peribahasa, terasul, pepatahpet­itih, bidalan, ungkapan, teka-teki dan sebagainya.

Teromba lazimnya menceritak­an segala perihal kehidupan masyarakat bermula dari sekecil-kecil perihal rakyat seperti keraian, perkahwina­n dan pentadbira­n seperti institusi Diraja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Tunku Ali berkenan menunjukka­n Buku Adab Dalam Teromba pada Majlis Pelancaran Produk Seni Berbudaya Buku Adab Dalam Teromba di USIM, dekat Nilai, semalam. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil (dua kanan) Mohamed Ridza (kiri) dan Penulis Buku Adab Dalam Teromba Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin (kanan).
— Gambar Bernama RASMI: Tunku Ali berkenan menunjukka­n Buku Adab Dalam Teromba pada Majlis Pelancaran Produk Seni Berbudaya Buku Adab Dalam Teromba di USIM, dekat Nilai, semalam. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil (dua kanan) Mohamed Ridza (kiri) dan Penulis Buku Adab Dalam Teromba Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia